Jul 18, 2015

Kisah Novel Yang Benar-benar Terjadi Selepas Ditulis!

Seorang penulis buku seram terkenal, Edgar Allan Poe, menulis sebuah buku berjudul The Narrative of Arthur Gordon Pym.

The Narrative of Arthur Gordon Pym

Buku itu mengisahkan empat orang yang dalam pelayaran terselamat ketika kapal mereka karam di laut. Ketika bertarung untuk hidup tanpa makanan, mereka telah membunuh dan memakan seorang petugas kabin bernama Richard Parker.

Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1884, satu peristiwa benar telah berlaku. Sebuah kapal yang dalam pelayaran iaitu Mignonette tenggelam dilautan. Yang terselamat hanya empat orang dan mereka berada di atas sebuah kapal kecil berhari-hari lamanya.

Kemudian salah seorang yang terselamat itu telah membunuh dan memakan seorang petugas kabin yang terselamat bersama mereka.

Mengejutkan! Nama petugas kabin itu ialah Richard Parker, sama seperti di dalam novel Edgar Allan Poe!

BACA INI JUGA: Kisah Novel 'Sumpah 7 Keturunan' Yang Luarbiasa Mempesonakan

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon