Friday, May 27, 2016

Gambar Misteri Wanita Lebam Muka Di iPhone Baru!


Imej menyeramkan yang memaparkan wajah seorang wanita yang dipenuhi kesan lebam telah dikesan pada telefon iPhone baru milik seorang lelaki.

Gambar+Misteri+Iphone.jpg

Lelaki berkenaan menyedari gambar yang menakutkan itu dalam telefonnya ketika memeriksa telefon terbabit.

Ramai yang menyifatkan gambar berkenaan adalah bukti kepada aktiviti paranormal dan mendakwa ia adalah hantu.

Tidak kurang pula yang menganggap wanita itu sebenarnya sudah mati.

Menurut lelaki tersebut, dia tidak merakamkan gambar terbabit dan tidak tahu bagaimana imej tersebut boleh berada di situ.

Satu video mengenai kejadian itu telah dimuatnaik oleh bintang YouTube, Julian Cavalero dari Mexico dan ia telah ditonton lebih tiga juta kali.

Julian berkata, apabila lelaki itu membawa semula telefon berkenaan ke kedai, pembantu kedai telah `reset’ semula iPhone tersebut namun imej tersebut kekal di situ.

Ada pula yang menyifatkan gambar itu hanya satu gurauan dan tidak kurang pula yang meneka bahawa telefon itu sudah dicuri dan gambar berkenaan telah disimpan dalam iCloud.

BACA INI JUGA: Penemuan Gambar Bersejarah Ernesto Che Guevara

Sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon