Aug 11, 2014

Pantai Gafsa, Tasik Misteri Ditengah Padang Pasir

Info Misteri. Sebuah tasik biru telah muncul secara misteri di tengah-tengah padang pasir di Tunisia, yang menyebabkan beratus-ratus penduduk tidak melepaskan peluang menjadikan tasik tersebut sebagai lokasi perkelahan dan mandi-manda.

Gafsa Lake, Tunisia

Tasik itu ditemui oleh sekumpulan pengembala kambing kira-kira tiga minggu lalu apabila mereka terjatuh di beberapa bahagian tasik tersebut.

Ketika ditemui, air tasik tersebut berwarna biru tetapi kini telah bertukar menjadi hijau akibat ditumbuhi alga.

Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan memberi amaran air tasik tersebut berkemungkinan tercemar tetapi penduduk tetap meneruskan aktiviti di situ.

Punca bagaimana tasik sedalam 18 meter yang dikenali sebagai Pantai Gafsa itu wujud juga masih belum diketahui.

Pihak berkuasa berpendapat kemunculan alga yang mencemari warna air tasik itu mungkin disebabkan terdapat industri perlombongan besi di kawasan berhampiran.

Tasik itu menjadi pilihan penduduk untuk mandi-manda disebabkan faktor cuaca yang agak panas di padang pasir itu yang mencecah 40 darjah Celcius.

Gempa bumi

Tiada sebarang penjelasan yang diberikan mengenai kewujudan tasik itu tetapi ada yang berpendapat, ia terbentuk akibat aktiviti gempa bumi yang menyebabkan air bawah tanah naik ke permukaan.

Seorang wartawan portal berita France 24, Lakhdar Souid memberitahu, berita mengenai tasik misteri itu tersebar dengan cepat.

"Beratus-ratus penduduk tidak sabar untuk mengunjungi tasik itu untuk berenang dan menyejukkan badan.

"Kawasan ini berkemungkinan besar mempunyai asid fosfat yang boleh meninggalkan sisa radioaktif.

"Terdapat risiko pada kesihatan sekiranya benar air ini tercemar kerana pada beberapa hari pertama, kejernihan airnya yang berwarna biru sangat jelas kelihatan. Kini, ia dipenuhi dengan alga, yang mungkin menjadi tempat penyebaran penyakit," ujarnya.

Souid berkata, tiada sebarang papan tanda keselamatan dietakkan di kawasan tasik itu sejak ia ditemui.

Pejabat Keselamatan Awam Tunisia telah mengeluarkan amaran tasik tersebut berbahaya dan tidak sesuai untuk aktiviti renang tetapi itu tidak menghalang penduduk menggunakannya sebagai kolam renang mereka.

Penduduk itu juga telah membuka akaun Facebook bagi berkongsi aktiviti mereka di tasik itu.

Pihak berkuasa tempatan pula masih menjalankan ujian untuk mengesahkan sama ada air di tasik itu selamat atau tidak untuk aktiviti mandi-manda.

BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan

[Sumber]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Diaorang ni kadang kadang jakun. Dah cakap tasik tu tercemar janganlah pergi lagi. Tapi kalau Allah nak tasik tu jadi.kat padang pasir pun tak hairan. Sungai.pun ada dalam.laut.masakan tasik kat padang pasir kita nak pelik.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon