May 21, 2015

Misteri Pembunuh Suami Muncul Dalam Mimpi Isteri

Pada petang Ogos 1962, Ruth Ammer berdebar-debar semasa membungkus makanan untuk santapan suaminya, Joseph Ammer. Hatinya berasa tidak sedap. Jantungnya berdegup kencang. Ruth merasa risau dan takut.

Ogos 1962, Ruth Ammer

Semasa menunggu kepulangan suaminya untuk makan tengahari bersama, Ruth tertidur sebentar. Dalam tidurnya, dia bermimpi melihat suaminya dipukul bertalu-talu dengan penukul sehingga mati.

Suaminya menjerit-jerit meminta tolong, menahan kesakitan yang amat sangat, sehinggalah terkulai layu. Ruth melihat dengan jelas wajah pembunuh suaminya itu.

Sebaik terjaga, Ruth merasakan mimpinya itu bagaikan benar-benar berlaku. Perasaannya pelik sekali. Seolah-olah, Ruth telah menyaksikan saat kematian sebenar suaminya. Dahinya berpeluh, tangannya menggigil menahan ketakutan sejurus terjaga.

Hati Ruth semakin tidak keruan apabila suaminya yang memiliki kedai mmbaiki kasut tidak juga pulang untuk makan tengahari.

Setelah siap membungkus makanan, Ruth segera keluar menuju ke kedai suaminya yang hanya terletak selang beberapa blok dari rumahnya.

Bila sampai ke kedai suaminya, Ruth terkejut melihat mayat suaminya diikat dengan benang yang digunakan untuk menjahit kasut.

Tubuh suaminya dipenuhi luka akibat hentakan benda tumpul. Darah terpercik dimerata tempat. Penukul berlumuran darah yang digunakan sebagai senjata pembunuhan terletak bersebelahan mayat suaminya.

Ruth menceritakan mimpinya kepada pihak polis. Ruth yakin, lelaki di dalam mimpinya sebelum itu adalah pembunuh suaminya.

Malangnya, polis tidak menghiraukan ciri-ciri pembunuh yang diceritakan Ruth kerana apa yang diceritakan itu tidak masuk akal, ia hanya sekadar mimpi.

Tanpa disangka, polis berjaya memberkas pembunuh tersebut semasa dia sedang membersihkan kesan darah ditangannya selepas membunuh Joseph.

Ternyata segala maklumat yang disampaikan oleh Ruth sebelum ini sangat tepat termasuklah warna baju pembunuh tersebut.

Sekalipun segala maklumat melalui mimpi Ruth tidak boleh dijadikan bahan bukti pendakwaan di mahkamah, Ruth berpuas hati apabila pembunuh tersebut menerima hukuman setimpal atas jenayah yang dilakukannya.

BACA INI JUGA: Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Kuasa Allah, tiada apa yg mustahil kan.. Allahuakbar..

Assalamualaikum. Tahniah kerana anda menjadi salah seorang pemenang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abe Kie. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah tersebut, sila layari

http://www.zukidin.com/2015/05/keputusan-cabaran-penggomen-tegar-abe.html

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di pos2 blog abe kie.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon