Nov 12, 2016

Misteri Dan Asal-usul Surat Berantai

Zorin Barrachilli pernah menerima surat berantai yang dihantar di hadapan rumahnya. Kandungannya meminta dia mengirimkan surat berkenaan kepada rakan-rakan lain dalam tempoh sembilan hari.

Chain letter History

Namun, dia tidak menurut arahan surat tersebut sebaliknya terus membuangnya ke dalam tong sampah. Sembilan hari kemudian, Zorin Barrachilli ditemui mati!

Apa sebenarnya misteri disebalik surat berantai ini?

Surat berantai adalah helaian kertas yang mengandungi kata-kata tertentu yang dihantar kepada individu secara rambang.

Selepas penerima menerima surat tersebut, dia mesti menghantar surat berkenaan kepada orang lain mengikut jumlah dan masa yang tertulis di dalam kertas.

Individu seterusnya yang menerima surat tersebut juga perlu melakukan perkara yang sama seperti orang lain.

Situasi ini akan berlanjutan sehingga dikatakan tiada penghujung.

Apa yang menggerunkan dalam situasi surat berantai adalah, sekiranya surat tersebut diabaikan, penerima akan ditimpa kemalangan atau sebarang perkara yang tidak diingini.

Contoh Surat Berantai

"Jika anda mahukan kejayaan dan kekayaan, sila kirimkan surat ini kepada 20 orang. Anda akan mendapat kejayaan yang tidak disangka-sangka.

"Awas, jika anda abaikan, kecelakaan buruk akan menimpa."

Suatu ketika dulu, kebanyakan penerima akan berasa bimbang dengan kemunculan surat berantai yang tiba-tiba dikirimkan secara misteri.

Ramai yang melakukan kiriman seperti yang diminta kerana takut mendapat kecelakaan seperti yang terkandung dalam surat berantai tersebut.

Apatah lagi apabila mengetahui kejadian misteri yang dialami oleh Zorin Barrachilli.

Sejarah Surat Berantai

Misteri surat berantai bukan saja dialami di Malaysia yang agak hangat suatu ketika dahulu, malah di negara barat juga.

Surat berantai dipercayai telah lama wujud malah sebelum tahun 1920an lagi.

Bagaimanapun, tidak diketahui siapa individu yang bertanggungjawab menipta surat berantai ini.

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa pada mulanya surat berantai dikirimkan dengan tujuan sebagai bahan gurauan.

Namun, apabila terdapat golongan yang mempercayai kata-kata yang terkandung dalam helaian kertas tersebut, surat berantai tersebar ke merata tempat.

Bentuk Ayat Surat Berantai

Kandungan surat berantai datang dalam bentuk yang berbeza dan mengikut urutan.

Sekitar tahun 1920an, helaian kertas surat berantai dikirim dengan kata-kata berbentuk doa.

Ayatnya dipenuhi kata-kata kebaikan yang meminta supaya ia dikirimkan kepada individu lain bagi mendapat manfaat.

Namun, keadaan itu tidak kekal dalam gaya tulisan yang sama. Surat berantai kemudiaannya ditulis oleh pihak tertentu dalam bentuk tawaran.

Tujuannya adalah untuk memperoleh keuntungan dengan cara mudah.

Tawaran tersebut berupa pulangan kebendaan lumayan yang diperoleh dengan hanya mengirim surat berantai kepada orang lain.

Kesannya, lebih ramai individu tertarik dengan perkara tersebut.

Kemuncak Penyebaran Surat Berantai

Suatu ketika dahulu, penyebaran surat berantai berlaku dengan pantas bermula dari Denver, Colorado ke St. Louis dan tersebar ke kawasan lain di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1935, situasi akhirnya sampai ke kemuncak. Pejabat pos Denver dibanjiri surat berantai yang terlalu banyak sehingga mencecah 165,000 keping.

Manakala di pejabat pos St. Louis pula, jumlah pengeposan terpaksa digandakan dari 450,000 ke 800,000 unit akibat pertambahan surat misteri.

Kedua-dua pejabat pos tersebut hampir-hampir ditutup pada hari tersebut akibat surat berantai yang terlalu banyak.

Surat Berantai Zaman Moden

Contoh surat berantai
Contoh surat berantai yang tidak patut disebarkan.

Peredaran masa dan perkembangan teknologi tidak menghapuskan penghantaran surat berantai.

Ia terus kekal wujud sehingga ke hari ini, cuma bezanya kaedah yang digunakan untuk menyebarkan ayat-ayat tertentu telah diubah ke dalam aplikasi Whatsapp, Facebook, Twitter dan beberapa lagi laman sosial.

Kandungan pesanan yang diterima adalah bersifat keagamaan, simpati dan bermacam-macam lagi.

Anda juga pastinya sering menerima mesej terutamanya dalam group Whatsapp yang sering diakhiri dengan hastag #copy paste dari group sebelah.

Kadang-kadang kita sendiri tidak dapat membezakan kesahihan 'surat berantai' yang disebar dan akhirnya kita turut terjebak dalam menyebarkan mesej yang mungkin berupa fitnah kepada orang lain.

Benarlah kata-kata Rasulullah SAW bahawa diakhir zaman nanti, akan tersebar begitu banyak berita dan fitnah yang tidak benar ke serata alam.

Begitu mudah sekali kita mendapt dosa kerana menyebar berita-berita copy paste yang tidak dapat disahkan kebenarannya, termasuklah hadis-hadis palsu yang tidak sahih.

Walaupun kurang sudah ancaman tentang pengabaian pesanan yang diterima, kita perlulah menyelidik kebenaran disebalik misteri surat berantai yang diterima.

Dan kemungkinan kemalangan yang menimpa ke atas penerima surat berantai seperti Zorin Barrachilli hanyalah kebetulan semata-mata.

Tiada laporan rasmi pernah dikeluarkan tentang punca kematiannya.

Teori konspirasi yahudi mungkin punca penyebaran surat berantai yang mahu masyarakat dan bangsa lain muncul sebagai penyebar fitnah terulung di dunia kerana bersubahat menyebar berita-berita palsu. Mungkin?

BACA INI JUGA: Ayat Al-Qur'an Hilang Bertambah Enam Muka Surat!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon