Saturday, October 03, 2015

Misteri Fenomena Cahaya Paulding


Paulding light atau juga dikenali sebagai 'Dog Meadow Light' merupakan satu fenomena cahaya misteri yang muncul dikawasan Watersmeet, Paulding, Michigan.

The Paulding Light

Walaupun cahaya Paulding cukup membingungkan ramai pihak yang cuba merungkainya, terdapat beberapa versi lagenda yang mengaitkan kemunculan cahaya misteri ini.

Pertama, kejadian ini berlaku ada kaitannya dengan seorang petugas laluan keretapi di daerah berkenaan.

Menurut kisah, petugas tersebut mati dilanggar keretapi ketika cuba mengeluarkan isyarat cahaya untuk melancarkan perjalanan keretapi ditengah-tengah landasan.

Selepas kematian lelaki itu, penduduk sekitar kawasan mendakwa mereka telah melihat kerlipan cahaya misteri secara tiba-tiba muncul dilandasan berkenaan.

Penduduk mula mengaitkan cahaya tersebut sebagai cahaya lampu yang digunakan petugas terbabit ketika cuba memberi isyarat berhenti pada keretapi sebelum dia terbunuh.

Mengikut versi cerita kedua pula, cahaya yang terjadi itu berlaku selepas seorang penduduk tempatan mati akibat dilanggar keretapi lebih 40 tahun lalu sekitar tahun 70an semasa mencari anaknya yang hilang dikawasan landasan.

Selepas kejadian, penduduk tempatan selalu melihat cahaya berkelip-kelip seperti disuluh seseorang. Tapi bila cahaya itu dihampiri, ianya hilang begitu sahaja.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa pun yang mengetahui bila kali pertama cahaya Paulding ini muncul. Namun, menurut catatan yang dilaporkan, kemunculan cahaya Paulding berlaku pada tahun 1966.

Ketika kejadian itu berlaku, sekumpulan remaja telah membuat laporan mengenai cahaya itu dipejabat Syeriff daerah berkenaan.

Selepas itu, barulah beberapa orang penduduk tempatan pula menemui cahaya tersebut.

The Paulding Light [2]

Menurut mereka, cahaya itu akan muncul dikawasan kemalangan sahaja dan tidak ditempat lain.

Ekoran laporan itu, fenomena cahaya misteri tersebut menjadi buah mulut masyarakat tempatan, namun bukan semua penduduk disitu mempercayainya. Mereka lebih mempercayai penjelasan sains mengenai kejadian itu.

Persoalannya, adakah benar penjelasan sains mampu menerangkan punca sebenar fenomena misteri ini?

Terdapat teori yang mengatakan bahawa cahaya Paulding merupkan ilusi optik yang disebabkan oleh biasan cahaya lampu kereta dari arah sebuah lebuh raya sekitar lapan kilometer dari tempat munculnya cahaya misteri Paulding.

Pada tahun 2010, beberapa orang penyelidik dari Michigan Tech telah melakukan eksperimen untuk mengenal pasti kebenaran teori tersebut melalui rancangan televisyen bertajuk SyFy yang ditayangkan di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, cubaan mereka untuk membuktikan kebenaran teori itu gagal kerana cahaya yang dihasilkan tidak sama seperti cahaya misteri 'Paulding.

Malah, ujian pengesanan gas metana dan medan elektro magnetik dikawasan cahaya Paulding tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan punca sebenar dan bagaimana pancaran cahaya tersebut terhasil.

Setelah percubaan itu gagal, dua orang pakar kimia yang bernama Luigi Garlaschelli dan Paolo Boschetti cuba menjelaskan fenomena misteri tersebut.

Mereka mengemukakan teori bahawa pancaran misteri cahaya Paulding mungkin disebabkan pengoksidaan gas metana dan fosforat terhasil daripada proses pereputan haiwan dan tumbuhan.

Luigi dan Paolo kemudiannya melakukan eksperimen dengan mencampurkan beberapa bahan kimia dengan gas yang dihasilkan oleh batang pokok yang telah mereput.

Hasil tindak balas kimia dari campuran bahan-bahan tersebut menghasilkan cahaya, tetapi tidak seterang cahaya misteri Paulding.

Dog Paulding Light, Watersmeet, Paulding, Michigan

Walaupun teori yang dikemukakan oleh kedua orang pakar kimia tersebut menarik dan logik, ada beberapa persoalan yang masih perlu dijelaskan.

Pertama, belum ada bukti ilmiah mengenai kandungan kimia yang dikatakan dapat menghasilkan cahaya yang begitu terang seperti di Paulding.

Kedua, bagaimana pancaran cahaya itu mampu berubah-ubah dan kenapa fenomena tersebut hanya berlaku pada waktu malam di daerah Paulding sahaja?

Sehingga ke hari ini, cahaya misteri Paulding kekal misteri dan terus membingungkan saintis.

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon