Tuesday, June 02, 2015

Penemuan Piramid Misteri Di Nusantara


Di Indonesia, arkeologi dan geologi sedang giat untuk membuktikan bahawa tanah Nusantara sememangnya telah wujud sebuah tamadun purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi ini adalah pembinaan piramid!

Gunung Lalakon
Gunung Lalakon.

Menurut Profesor Robert Schoch dalam kajiannya ada menyatakan bahawa sebenarnya teknologi pembinaan piramid bukanlah dari tamadun Mesir tetapi sebaliknya milik tamadun yang lebih tua berasal dari timur di sebelah benua yang telah tenggelam.

Menurutnya lagi, Sundaland yang tenggelam lebih kurang 7 ribu tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju dan membawa rahsia pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.

Gunung Lalakon, Bandung, Indonesia, adalah salah satu gunung yang berbentuk piramid. Piramid telah disahkan ditemui digunung ini yang terletak dibawah lapisan gunung tersebut.

Gunung Lalakon kelihatan jelas sekali mempunyai bentuk piramid yang mempunyai empat sisi dan empat sudut tidak seperti gunung-gunung yang lain. Gunung ini disahkan ketika sepasukan Turangga Seta melakukan penggalian di Gunung Lalakon pada tahun 2011.

Gunung Lalakon [2]

Menurut pasukan itu, masih ada ratusan piramid lain yang tersebar diseluruh Indonesia. Piramid-piramid itu dikatakan tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua.

Semasa kumpulan ini melakukan ujian batu secara saintifik, mereka mendapati dibawah permukaan Gunung Lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina oleh manusia. Mereka juga berjaya menemui beberapa batu boulder yang menjadi penutup bangunan piramid tersebut.

Menurut laporan VIVA News, batu-batu boulder itu ditemui ketika penggalian dengan lebar 3 meter, panjang 5 meter dan kedalaman sehingga 4 meter. Batu-batu boulder tersebut panjangnya antara 1.1 meter hingga 2 meter dengan ukuran yang sama selebar 30-40 sentimeter (cm) serta tersusun rapi dan teratur.

Ahli-ahli arkeologi Indonesia juga sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Nusantara dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah piramid yang berusia ribuan tahun lebih tua dari piramid Mesir.

Sebelum ini, piramid Mesir merupakan piramid yang terbesar di dunia. Tetapi kenyataan itu telah berubah sejak ahli-ahli geologi, arkeologi, antropologi menemui piramid di kawasan Nusantara.

Candi Borobudur

Selain itu juga, Gunung Sadahurip di Garut, Candi Cheto, Candi Borobodur, Candi Pasemah, Candi Prambanan juga mempunyai asas pembinaan piramid.

Candi Sukuh yang sangat terkenal di Jawa Tengah juga kelihatan seperti piramid yang dibina oleh kaum Maya dan Aztec di Amerika Tengah. Candi Sukuh dibina pada tahun 1437 Sebelum Masihi merupakan candi Hindu terakhir yang dibina sebelum kejatuhan kerajaan Majapahit selepas dikalahkan oleh kerajaan Islam Demak.

Bukti-bukti ini sudah cukup jelas menunjukkan bahawa pembinaan piramid tidak asing lagi di kawasan Nusantara.

BACA INI JUGA: Misteri Teknologi Canggih Pembinaan Piramid Firaun

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Mmg nampak bentuk piramad gunung tu kan.. misteri. Harap ada pihak yg sanggup mengorek rahsia disebalik gunung tersebut utk merungkai misteri...

    ReplyDelete
  2. best baca berita2 misteri macam ni :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon