Friday, February 21, 2014

Misteri Petir Menyambar Berterusan 106 Hari!

Loading...

Sebuah fenomena alam yang masih jadi misteri salah satunya yang berlaku di Venezuela. Selama beratus-ratus tahun ada petir misteri menyambar di titik yang sama di atas tasik Maracaibo.

rib a-ba

Istimewanya, kilat misteri itu pasti terjadi selama 160 hari dalam setahun dan berterusan selama 10 jam dalam semalaman.

Penduduk tempatan menyebut fenomena misteri itu sebagai "rib a-ba" atau bermakna " sungai api di langit "

Petir itu pula warnanya berwarna-warni, merah atau ungu, bergantung kelembapan cuaca.

Jumlah 1.2 juta kali kilat dalam setahun menjadikannya rekod terbanyak di dunia. Petir dengan kekuatan 40 ribu volts itu mampu dilihat sejauh 250 batu sehingga kerap dijadikan penanda arah para nelayan.

Kini kawasan itu, 15 jam memandu dari Bogota, Colombia, sudah menjadi daya tarikan pelancong.

"Penduduk tempatan sendiri tidak menyedari petir yang menyambar setiap hari adalah perkara yang unik. Itu tidak berlaku di semua tempat di dunia," kata Alan Highton, pemandu pelancongan tempatan.

rib a-ba [2]

"Mereka baru sedar keunikannya setelah ramai yang datang untuk menonton."

Belum ada penjelasan secara saintifik mengenai "rib a-ba" walaupun banyak teori mengenainya.

Beberapa penyelidik percaya bahawa petir tunggal tanpa henti berasal dari lapisan ozon Troposfera. Namun kejadian ini juga kadang-kala berhenti tanpa amaran selama berbulan-bulan .

Kali terakhir petir berhenti menyambar ialah pada Januari 2010 yang menjadi catatan paling lama sepanjang sejarah 104 tahun.

Ini membuatkan penduduk menjadi bimbang namun petir kembali 6 minggu kemudian dan berlaku seperti biasa.

Perkara yang sama hanya pernah terjadi pada 1906 setelah gempa besar menyebabkan tsunami yang melanda Colombia dan Ecuador.

BACA INI JUGA: Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Argentina

[Sumber]

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon