Misteri Rumah Berhantu 'The Baker Mansion' - Sentiasa Panas

Feb 15, 2016

Misteri Rumah Berhantu 'The Baker Mansion'

    2/15/2016 02:17:00 PM   2 comments

Terletak di Altoona, Pennsylvania, Amerika Syarikat, tersergam sebuah rumah agam lama gaya Greek yang di gelar 'The Baker Mansion'.

The Baker Mansion
The Baker Mansion [Wikipedia].

Rumah mewah gaya lama ini dibina antara tahun 1844 sehingga 1848, dimiliki oleh seorang usahawan besi yang kaya raya, Elias Baker.

Perkahwinan Elias dan isterinya, Hetty, mereka dikurniakan empat orang anak, David, Sylvester, Anna dan Margaretta.

Malangnya, anak bongsu mereka Margaretta meninggal dunia semasa berusia dua tahun akibat penyakit berjangkit.

Memandangkan hanya Anna satu-satunya anak perempuan keluarga itu, dia menjadi perhatian, ramai lelaki mahu memikatnya.

Akhirnya Anna jatuh cinta, pemuda pilihannya bukanlah anak orang kaya, sebaliknya dia jatuh cinta dengan seorang pemuda miskin yang bekerja di kilang besi milik ayahnya.

Kisahnya bermula apabila pemuda itu melamar Anna untuk dijadikan isteri.

Tetapi, berita itu bukannya mendatangkan kegembiraan, sebaliknya percintaan diantara dua darjat itu mencetuskan kemarahan Elias.

Elias memecat pemuda tersebut dan menghalaunya keluar dari daerah dan cuba memutuskan hubungan cinta Anna.

Baginya, pemuda miskin itu tidak layak berkahwin dengan anaknya.

Kecewa dan patah hati, Anna enggan berkahwin dengan pemuda pilihan ayahnya yang lebih setaraf dengan darjat mereka.

Sebaliknya, Anna berikrar tidak akan berkahwin sehingga ke akhir hayat. Dia kekal membujang sehingga meninggal dunia pada tahun 1914.

Kematian

Elias menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1864 meninggalkan isterinya, Hetty, meneruskan hidup sehinggalah dia juga meninggal dunia pada tahun 1900.

Anak lelaki mereka, David, berkahwin dengan Sarah pada 1851 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Louise,

David terkorban dalam satu letupan kapal semasa anaknya baru berusia dua minggu.

Setelah dewasa, Louise berkahwin dan berhijrah ke Sweeden mengikut suaminya.

Akhirnya yang tinggal di rumah itu hanyalah Sylvester dan Anna. Kedua-duanya tetap membujang sehinggalah ke akhir hayat.

Misteri Gaun Pengantin

WEDDING+DRESS

Setelah Anna meninggal dunia pada tahun 1914, rumah agam itu ditutup.

Pada tahun 1922, pengurusan rumah itu diambil dan dijadikan ibu pejabat oleh sebuah persatuan sejarah sebelum dijadikan muzium dan dibuka kepada pengunjung.

Pelbagai barangan dan peralatan dipamerkan dirumah ini termasuklah gaun pengantin Anna.

Namun, yang menjadi misteri adalah gaun pengantin peninggalan Anna ini yang dijahitnya sendiri selepas kecewa cintanya terhalang.

Gaun pengantin ini sering diperkatakan apabila dikaitkan dengan pelbagai kejadian misteri.

Gaun ini dikatakan 'berhantu' kerana walaupun ia dipamerkan dalam almari kaca yang kedap udara, ramai pengunjung pernah melihat gaun ini bergoyang dan beralun secara tiba-tiba, seperti ada seseorang yang memakainya.

Dikatakan juga, sewaktu bulan penuh, akan kelihatan seakan bayang-bayang wanita pada gaun tersebut.

Pengunjung mengaitkan ia sebagai roh Anna yang datang untuk melihat atau 'memakai' gaun pengantinnya yang tidak kesampaian.

Rumah Berhantu

Adakah hanya gaun Anna saja yang menghantui rumah agam ini? Tidak! Masih ada lagi kisah lain.

Ada yang mendakwa sering melihat bayangan wanita tua berpakaian serba hitam disekitar tangga dan laluan di tingkat tiga rumah agam ini.

Kononnya, itulah roh Hetty, isteri Elias Baker.

Ada juga pengunjung yang dikatakan sering mendengar suara jeritan lelaki yang datang dari arah bawah rumah agam ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan ternampak bayang-bayang lelaki yang berpakaian seperti kelasi kapal di rumah tersebut.

Sama ada jeritan mahupun bayang-bayang lelaki, ia dikaitkan sebagai roh David yang mati dalam letupan kapal semasa musim sejuk tahun 1852.

Semasa kejadian itu, mayat David berada dalam keadaan beku dan disimpan terlebih dahulu di bilik bawah tanah rumah tersebut sebelum dikebumikan.

Bagaimana pula dengan roh Sylvester? Ia kononnya menghantui ruangan pendiangan api rumah tersebut.

Ini kerana sewaktu meninggal dunia, dia diserang sakit jantung disitu.

Pernah pada tahun 1980an, sistem sekuriti dipasang dibawah karpet diruangan pendiangan api.

Peliknya, sistem itu sering kali berbunyi pada waktu malam menandakan ada orang yang masuk dan memijak ruangan itu sedangkan apabila diperiksa, tiada sesiapa disitu.

Misteri diatas hanyalah sekilas yang dikaitkan dengan roh ahli keluarga Elias Baker.

Itu belum lagi misteri lain seperti perabot yang beralih sendiri, bunyi ketukan misteri, pantulan entiti di cermin dan kotak muzik yang berbunyi sendiri.

Walaupun diselubungi pelbagai misteri sehingga tersenarai sebagai salah satu daripada 9 buah rumah paling berhantu di Amerika Syarikat oleh majalah Life pada tahun 1981, rumah agam ini terus menggamit kedatangan pengunjung.

Jadi, kalau anda ingin menemui keluarga Elias Baker, cubalah datang sendiri!

BACA INI JUGA: Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian!

-SENTIASAPANAS.COM

Sentiasa Panas

About Sentiasa Panas

Blogger separuh masa yang mahu berkongsikan ilmu berkualiti dan bermanfaat buat semua pembaca.

Previous
Next Post
2 comments:
Write comments
  1. rajin plak bercerita pasal rumah hantu eh.

    hehe

    ReplyDelete
  2. Rumah tinggal memang tempat jin tinggal jadi tak pelik kalau ada kejadian kejadian mistik macam tu...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

Dapatkan update terbaharu!!

Subscribe melalui email atau FOLLOW kami..:)

Deliver via FeedBurner
© 2012-2016 Sentiasa Panas. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.