Tuesday, October 15, 2013

Misteri Entiti Terakam Dalam 'Wildland Music Video'


Info Misteri. Sudah banyak terjadi kes di mana entiti-entiti misteri telah terakam secara tidak sengaja di seluruh dunia.

Wildland Music Video Ghost

Tidak kiralah di dalam sekeping gambar keluarga yang sedang bergembira, gambar sebuah pemandangan mahupun terakam dalam penggambaran sebuah filem.

Namun, dalam kes ini, sedikit 'rare', secara tidak sengaja dan tidak disedari, entiti misteri telah terakam dalam sebuah video muzik.

Peristiwa aneh ini berlaku dalam sebuah video klip sebuah kumpulan muzik Australia.

Wildland, ketika mereka sedang merakam 'Self titled song' mereka yang berjudul 'Wildland' di sebuah bandar lombong tinggal di Glen Davis, New South Wales, Australia.

Ketika video klip lagu ini dirakam, tiada sebarang keanehan berlaku. Namun ketika video ini siap disunting dan sudah di'release', ramai yang terkejut, lebih-lebih lagi ahli kumpulan Wildland dan mereka yang terlibat dalam pembikinan video klip ini.

Tanpa sedar dan entah dari mana, ada pelakon 'extra' misteri terakam bersama!

Sekitar dua minit setengah video klip tersebut, di dalam satu scene dimana semua ahli kumpulan sedang berjalan diantara runtuhan-runtuhan bangunan dan kesemua mereka sedang bermain alat muzik mereka.

Pada latar belakangnya, jelas dapat dilihat imej susuk tubuh seorang lelaki bersandar pada sebatang tiang konkrit.

Entiti itu dilihat memakai pakaian hitam dan bertopi dan apa yang lebih mengejutkan mereka, entiti 'extra' itu kelihatan tidak mempunyai wajah.

Setiap orang mempunyai andaian bukan? Nanti dulu. Apa yang menjadi keraguan dan kejutan kepada mereka, ketika penggambaran video tersebut, hanya ahli kumpulan dan krew penggambaran sahaja yang berada disitu.

Glen Davis lengang, hanya beberapa orang pelancong sahaja yang ada. Imej pelancong? Pun bukan!

Sebelum penggambaran dimulakan, krew-krew terlebih dahulu memeriksa kawasan berkenaan dan memastikan ianya kosong dari orang ramai supaya mereka tidak terakam sekali dalam 'shot' tersebut dan mereka yakin sememangnya tiada seorang pun yang berdiri di sekitar tiang itu ketika penggambaran berlangsung.

Semua krew berada dibelakang tabir ketika itu dan ini disahkan sendiri oleh pengarah video itu.

Mereka bertegas bahawa itu bukanlah sesiapa mahupun orang ramai yang melancong disitu. Mungkin, itu adalah roh mangsa-mangsa yang terbunuh ketika fasiliti itu masih beroperasi kerana terdapat sejarah hitam disebalik bandar perindustrian tinggal itu.

Sekitar tahun 1939, kawasan Glen Davis muncul menjadi sebuah penempatan dan bandar apabila National Oil Proprietary Limited memproses minyak dikawasan itu.

Ketika itu, Glen Davis adalah kawasan terpenting kerana ketika itu perang dunia kedua sedang berlangsung dan mereka menjadi pengeluar minyak dan gasoline utama di Australia.

Namun, fasiliti di Glen Davis sebenarnya tidak begitu selamat untuk beroperasi sebegitu efisen dengan kekurangan peralatan yang digunakan.

Ramai pelombong dikerah bekerja lebih masa menyebabkan mereka mula hilang fokus akibat keletihan, ditambah pula dengan peralatan yang bahaya menjadi punca ramai diantara mereka terkorban.

Dikawasan sekitarnya juga terdapat sebuah bandar yang menyediakan kemudahan bagi para pelombong dan pekerja dan dikawasan ini juga pernah berlaku peristiwa kebakaran yang meragut sejumlah nyawa. Kilang ini kemudiannya ditutup sekitar tahun 1952.

Terdapat satu lagi peristiwa kematian yang berlaku di Glen Davis, yang lebih dekat untuk dikaitkan dengan entiti misteri yang terakam didalam klip video muzik Wildland.

Selepas kilang berkenaan ditutup dan bandar tersebut kian ditinggalkan penduduk, sekolah untuk paderi muda telah dibuka dikawasan berkenaan.

Dikatakan, seorang dari paderi muda itu telah membunuh diri didalam sebuah gudang peralatan kilang yang telah ditinggalkan.

Dan, ditapak gudang itulah jugalah lokasi penggambaran klip video kumpulan Wildland itu dirakam.

Ada andaian mengatakan entiti misteri berjubah itu mungkin paderi muda yang membunuh diri.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia



-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon