Sunday, November 27, 2016

Misteri Penampakan Lembaga Berjalan Atas Awan!


Sekitar bulan Januari 2016 yang lalu, dunia digemparkan dengan sekeping rakaman gambar menyerupai lembaga di atas awan pada ketinggian 30 ribu kaki.

Mystery picture

Rakaman misteri tersebut dirakam oleh seorang penumpang pesawat Easy Jet, Nick O'Donoghue, serta-merta viral diseluruh dunia selepas dia memuat naik gambar tersebut di akaun laman sosialnya.

Menurut MailOnline, ketika kejadian berlaku, Nick secara tidak sengaja telah melihat satu objek misteri seperti sedang berjalan di atas awan.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Austria ke Gatvin, United Kingdom.

Nick yang mengakui tidak pernah melihat kejadian misteri seperti itu sepanjang hidupnya segera menyapa seorang penumpang lain disebelahnya sambil menunjukkan penampakan lembaga misteri tersebut.

Mystery picture

Penumpang disebelahnya juga menunjukkan reaksi terkejut, mula merakam imej misteri itu dengan telefon bimbitnya.

Menurut Nick, objek misteri yang dilihatnya adalah seperti logo pengeluar tayar terkenal, Michelin.

Ia juga kelihatan seperti seorang manusia yang sedang terapung-apung di atas awan.

Walau bagaimanapun, Nick tidak berani memberikan jawapan tepat terhadap objek misteri yang dilihatnya itu kerana sukar untuk mengenal pasti identiti sebenar.

Projek Rahsia Blue Beam

Blue Beam

Rata-rata pengguna laman sosial pula berpendapat, objek misteri yang dirakam Nick mirip watak robot dalam animasi The Iron Giant.

Berkonsepkan sains fiksyen dan komedi, The Iron Giant merupakan filem animasi Amerika dan diterbitkan oleh Warner Bros pada tahun 1999.

Penampakan objek misteri ini turut dikaitkan sebagai satu konspirasi oleh pihak tertentu yang dikenali sebagai Projek Blue Beam.

Dikatakan bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), menjadi dalang kewujudan objek misteri ini.

Misteri Kota Terapung

Mystery Floating City

Fenomena hampir serupa pernah dilaporkan berlaku di wilayah Foshan, China, Oktober 2015 yang lalu.

Dalam kejadian itu, kewujudan secara tiba-tiba sebuah kota misteri mirip pencakar langit yang terapung di celah-celah awan selama beberapa saat sebelum lenyap.

Malah, kejadian objek misteri kota terapung juga pernah berlaku di wilayah lain di China sekitar tahun 2011 yang lalu.

Sekalipun pakar menyatakan bahawa kejadian-kejadian ini adalah fenomena Fatamorgana, kita tetap tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku disetiap kejadian misteri ini.

BACA INI JUGA: Misteri Hantu Krew Pesawat 401

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon