Saturday, October 24, 2015

Sundog, Fenomena Misteri Cahaya Matahari Menari


Pada 12 Jun 2015, sebuah video pendek dimuat naik seorang penunggang basikal menggemparkan pengunjung laman video YouTube.

Sundog - Crown Flash
Cahaya misteri yang dikatakan menari.

Video berdurasi kurang dua minit dengan tajuk 'Crown Flash' memaparkan gambaran suatu cahaya bergerak seakan menari ke arah kiri dan kanan disebalik awan tebal di Greenwood, Indiana, Amerika Syarikat.

Pergerakan cahaya yang dilihat cukup aktif itu membuatkan ramai penonton merasa takjub lalu mencetuskan pelbagai persoalan dan spekulasi.

Ada penonton yang menganggap cahaya itu datang dari kapal UFO. Ada juga mengatakannya sebagai fenomena 'Solar Flares, fenomena pancaran solar dengan tenaga yang cukup tinggi hingga mampu memberikan kesan radiasi yang tinggi kepada bumi akibat kesan spektrum elektromagnet.

Apa yang menariknya, pergerakan cahaya itu seakan-akan sedang menyuluh disamping cahaya matahari yang dilindungi awan tebal.

Beberapa hari selepas itu, NASA melalui beberapa portal berita online antarabangsa telah membuat penjelasan.

Ahli astronomi Amerika Syarikat, Phil Plait, penulis Death From The Skies, menerangkan fenomena luar biasa ini bukanlah cahaya UFO, sebaliknya ia berpunca daripada pantulan kristal ais yang terenjat oleh arus elektrik.

Pantulan berlaku apabila kristal ais dalam awan Sirus bergeser dengan awan kumulus yang tebal.

Halo
Sundog membentuk Halo.

Perlanggaran ini menghasilkan cas lalu membentuk medan elektrik yang sejajar. Kemudian, apabila medan elektrik berubah, ia membolehkan kristal ais memantulkan cahaya pada orientasi berbeza lalu terbias kesemua arah.

Konsep ini turut diterangkan oleh pakar meteorologi Amerika Syarikat, Walter Lyons.

Menurut Walter, apa yang berlaku adalah satu tindak balas cas elektrik statik. Kristal ais bertindak menjadi bongkah prisma lalu membiaskan cahaya.

Ia mungkin agak sama dengan kejadian Sundog, tetapi proses cahaya merembat pada biasan menunjukkan ada pembentkan halo iaitu fenomena cincin cahaya.

Jadi, ia bukanlah cahaya misteri yang terpancar dari UFO dan sebagainya.

Apa pun, cahaya yang terbentuk ini tidak membahayakan manusia.

BACA INI JUGA: Misteri Fenomena Cahaya Paulding

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. Wow! Fenomena alam yang sungguh menakjubkan! Subhanallah...

    ReplyDelete
  2. yang penting sekali ia tidak berbahaya kepada kehidupan manusia..tak macam jerebu..ramai yang hadapi komplikasi kesihatan dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Menarik sekali SP tambah pengetahuan ;)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon