Sep 19, 2015

Misteri Kematian Insiden Dyatlov Pass Yang Terus Menjadi Teka-teki

Menjelang malam 1 Februari 1959, sembilan orang peluncur ski berpengalaman meninggalkan khemah mereka di Ural Mountain, Rusia dan lari menyelamatkan diri ke hutan berhampiran.

Dyatlov Pass Mystery

Mereka begitu tergesa-gesa sehinggakan ada diantara mereka yang tidak sempat berpakaian lengkap dan memotong khemah sebagai jalan pintas. Suhu diluar khemah mereka ketika itu adalah -15 darjah selsius, dibawah takat beku. Dalam beberapa jam kemudian, kesemua mereka mati.

Diantara mereka, ada yang ditemui mati akibat kesejukan dan selebihnya mengalami kecederaan yang teruk.

Laporan mengatakan terdapat kesan radiasi yang tinggi pada beberapa mayat, cahaya aneh di langit, kehilangan anggota badan dan warna kulit yang berubah menjadi jingga mengaitkan insiden ini dengan UFO. Misterinya kekal tidak terungkai.

Kumpulan Peluncur Dan Tujuan Ekspedisi

Yuri Yudin
Yuri Yudin, tengah, dipeluk oleh Lyudmila Dubinina sebelum bertolak.

Kumpulan peluncur ski ini terdiri dari lapan orang lelaki dan dua perempuan. Melainkan Alexander Zolotarev, ahli lain merupakan pelajar dan graduan dari Ural Polytechnic Institute yang terletak di Ekaterinburg.

Georgyi Krivonischenko, Rustem Slobodin dan Nicholas Thibeaux-Brignollel adalah dari Fakulti Kejuruteraan, Igor Dyatlov dan Zinaida Kolmogorova adalah pelajar di Fakulti Radio, Lyudmila Dubinina dan Yuri Yudin adalah pelajar ekonomi, Yuri Doroshenko adalah pelajar Power Economics dan Alexander Kolevatov adalah pelajar di Fakulti Geo-Technical.

Alexander Zolotarev pula adalah pemandu pelancong dan pengajar ski profesional. Dia amat berminat untuk menyertai kumpulan ski ini untuk meningkatkan prestasinya untuk naik ke pangkat Master/Expert Instructor.

Tujuan mereka hanyalah kerana minat pada sukan ski. Selain itu, ada yang hanya sekadar untuk menjelajah dan melancong. Misi mereka turut mendapat sokongan dari institut pengajian mereka.

Insiden

Kem
Kem pendaki yang ditemui penyelamat.

Penyelamat dan penyiasat kemudiannya bingung dengan penemuan mereka. Mereka berpendapat mungkin pada malam itu, tanpa diketahui atas sebab mengapa, kumpulan ski itu jelas mengoyak khemah mereka dari dalam dan keluar walhal pada masa itu suhunya hampir -15 hingga -18 darjah selsius dan angin lintang pada kelajuan 10-15 kilometer sejam.

Walaupun ia tidak sesejuk -30 darjah selsius seperti yang sering dilaporkan, ia masih keadaan cuaca yang teruk dan kelangsungan hidup akan terhad menjadi hanya tiga hingga lapan jam bergantung kepada mereka yang terlibat mampu meneruskan perjalanan.

Sekurang-kurangnya lima daripada mereka dijumpai dengan pakaian yang tipis dan ada juga yang berkaki ayam. Dipercayai, dalam tempoh 6-8 jam, seorang demi seorang dari kumpulan ski itu mati.

Mayat mereka ditemui pada variasi jarak yang berlainan dari tapak perkemahan. Penyiasat menemui dua dripada mereka mengalami keretakan pada tengkorak (seorang parah).

Dua lagi patah tulang rusuk dan satu mayat dijumpai tanpa lidah. Tambahan pula, pakaian dua mangsa yang ditemui mengandungi kesan tahap radiasi.

Pengkaji Rusia kemudiannya menutup kes ini, mencatatkan hanya, "A compelling unknown force" sebagai penyebab kematian. Sekali lagi kesalahan dalam terma yang digunakan menimbulkan satu lagi kekeliruan.

Istilah yang betul dan sepatutnya digunakan ialah "Force Majeure" - satu terma yang sebetulnya digunakan untuk perkara yang sukar dijelaskan.

Dyatlov Pass kemudiannya ditutup pihak berkuasa dan larangan masuk berkuatkuasa sekurang-kurangnya tiga tahun. Mereka seperti mahu menyorokkan apa yang sebenarnya berlaku.

Mengapa kesembilan orang ini lari dari khemah dalam keadaan cuaca yang mereka sendiri tahu boleh mengancam nyama mereka?

Susur Masa

Susur galur ini disusun berdasarkan penemuan bukti dari tempat kejadian, kiraan kadar kelangsungan hidup dalam keadaan mangsa yang cedera dan cuaca ekstrem serta kemungkinan lain yang boleh diyakini. Ia disusun berdasarkan susur masa kejadian dari laporan rasmi yang dikeluarkan pada tahun 2006.

Beberapa fakta kejadian menjadi pertelingkahan di kalangan para penyiasat, seperti contoh kesan radiasi pada tubuh mangsa yang dijumpai.

Susur masa rasmi yang dikeluarkan jelas menunjukkan bahawa hanya dua mangsa ditemui dengan kesan radiasi.

Ia dipercayai berpunca dari pakaian Lyudmila Dubinina yang kemudiannya dipakai oleh Alexander Zolotarev. Sesetengah pengkaji pula mendakwa kesan radiasi ditemui pada semua mangsa.

Berdasarkan Timeline Tasmi 2006

Perjalanan mereka bermula pada 25 Januari 1959. Dari Ivdel, Pusat Bandar Sverdlovsk. Yuri Yudin kemudiannya jatuh sakit pada 28 Januari dan terpaksa berpatah balik dan mereka yang lain meneruskan perjalanan ke Gora Otorten.

Pada 1 Februari 1959, ketika itu mereka berada di cerun Kholat-Syakhl (Mountain of Dead), kira-kira sepuluh batu dari Gora Orten. Mereka mula berkhemah di situ pada pukul empat petang, makan malam sekitar enam petang dan kemudiannya berehat.

Mereka dipercayai hanya berpakaian tipis ketika berehat. Tindakan ini agak ganjil dalam cuaca sebegitu namun sesetengah pengkaji berpendapat, mereka mungkin tidak selesa untuk berehat dengan pakaian tebal - ini berdasarkan beberapa fakta dimana sesetengah peluncur atau pendaki memang berkelakuan begitu.

Insiden mula berlaku sekitar jam 9.30 malam hingga 11.30 malam. Pengiraan ini berdasarkan sisa makanan tidak terhadam yang ditemui dalam perut mangsa. Kumpulan itu yang rata-rata tidak lengkap berpakaian memotong bahagian tepi khemah dan melarikan diri ke hutan berhampiran. Dari apa yang ditemui sekitar mangsa dan tempat kejadian, jelas ketika itu mereka amat tergesa-gesa dan ketakutan.

Misi pencarian, berdasarkan laporan rasmi Dyatlov Pass Incident

12 Februari, 1959. Pada tarikh ini, sepatutnya kumpulan ini telah selamat pulang dan menghantar telegram menyatakan misi mereka berjaya. Ini telah menimbulkan rasa khuatir namun tarikh pencarian ditarik sehingga 14 Februari kerana mereka berpendapat mungkin kumpulan ini sedikit terlambat.

20 Februari. Tiada berita yang diterima membuatkan ahli keluarga peluncur sepakat mendesak supaya kumpulan pencari dan penyelamat dihantar.

21-25 Februari. Kegagalan kumpulan pencari menjumpai mereka memaksa tentera dan sukarelawan turut terlibat dalam usaha ini. Pencarian melibatkan sebuah kapalterbang dan helikopter dan kemudiannya menemui khemah kumpulan peluncur terbabit.

26 Februari. Pasukan pencari menemui tapak perkhemahan yang ditinggalkan. Khemah dijumpai rosak dan terkoyak. Beberapa kesan tapak kaki dijumpai, menuju ke arah hutan dan kemudiannya hilang dalam timbunan salji. Kesan tapak kaki itu membawa kepada penemuan dua mayat pertama, Yuri Doroschenko dan Georgyi. Mayat Igor Dyatlova dijumpai kira-kira 300 meter dari pohon pine, dalam keadaan meniarap dan di tangannya memegang dahan pokok pine. 180 meter dari mayat Igor, mayat Rustem ditemui. Mukanya terbenam ke dalam salji, kepalanya pula retak sepanjang 17 sentimeter. 150 meter dari Rustem, mayat Zinaida ditemui. Kesan darah turut dijumpai di kawasan itu.

Kumpulan kedua peluncur tersebut ditemui tertanam sedalam 4 meter di dalam salji. Lyudmila dijumpai dengan kepalanya terpusing ke belakang, manakala lidahnya hilang.

Beberapa tulang rusuknya patah dan satu darinya terbenam ke jantung. Mayat Alexander Zolotarev dijumpai dengan beberapa kecederaan - beberapa tulang rusuk kanannya patah. Dua mayat lain dijumpai tidak jauh dari mereka.

Ski Team Members/Order Found/Wearing/Injuries/Cause of Death

Georgyi Krivonischenko (24)
26 Feb 1959 / Found 1st
Bare foot (socks) & wearing only underclothes
None recorded as unusual
Hypothermia

Yuri Doroshenko (21)
26 Feb 1959 / Found 1st
Bare foot (socks) & wearing only underclothes
None recorded as unusual
Hypothermia

Igor Dyatlov (23) Group Leader
26 Feb 1959 / Found 2nd
Not known
None recorded as unusual
Hypothermia

Zinaida Kolmogorova (22)
26 Feb 1959 / Found 2nd
Not known
None recorded as unusual
Hypothermia

Rustem Slobodin (23)
26 Feb 1959 / Found 2nd
Not known
Minor skull fracture
Hypothermia

Nicolas Thibeaux-Brignollel (24)
4 May 1959 / Found 3rd
Better Dressed
Severely crushed skull
Fatal Injuries/Hypothermia

Lyudmila Dubinina (21)
4 May 1959 / Found 3rd
Missing Tongue and Oral cavity, Many broken Ribs
Fatal injuries/Hypothermia
(Trace Radiation)

Alexander Zolotarev (37)
4 May 1959 / Found 3rd
Better Dressed
Many broken Ribs
Fatal Injuries/Hypothermia
(Trace Radiation)

Alexander Kolevatov (25)
4 May 1959 / Found 3rd
Not known
None recorded as unusual
Hypothermia

Kontroversi

Lokasi kejadian Dyatlov Pass

Kira-kira pukul 10.30-12.30 malam, dipercayai kumpulan peluncur bersembunyi di bawah sebatang pohon pine di pinggir hutan kira-kira 1.55 batu dari khemah mereka. Bukti dan penemuan menunjukkan mereka terpaksa berkongsi pakaian.

10.00-11.00 malam, mereka cuba menghidupkan api namun hanya bertahan sementara waktu. Dahan pokok pain tersebut dijumpai patah, menunjukkan ada diantara mereka memanjatnya untuk melihat keadaan sekitar. Dalam keadaan terdesak, tiga daripada mereka, Igor Dyatlov, Zinaida Kolmogorova dan Rustem Slobin mengambil keputusan untuk kembali ke khemah. Mereka tidak berjaya sampai dan berkemungkinan mati akibat Hypothermia atau sebab lain. Ini berdasarkan penemuan mayat mereka kira-kira 300, 480 dan 630 meter dari pokok pine.

12.00-1.00 pagi. Dua lagi ahli kumpulan peluncur tersebut, Georgyi dan Yuri mati kesejukan (mungkin sudahpun tidak bernyawa ketika Igor dan dua rakannya bertolak ke khemah kerana keputusan yang mereka buat mungkin dipengaruhi oleh kematian ini). Mereka yang selebihnya menunggu dalam ketakutan. Mereka yang masih hidup mengambil pakaian dari mayat rakan mereka. Ini berdasarkan seluar Georgyi Krivonischenko ditemui berbalut di kaki Lyudmila Dubinina (dipercayai sebelum itu Lyudmila berkaki ayam). Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk bergerak lebih jauh ke dalam hutan. Dipercayai juga ketika inilah mereka cedera.

Mereka yang terselamat berjaya berjalan sejauh 75-700 meter ke dalam hutan sebelum menuruni jurang. Mereka berpelukan dan jelas ketika itu Nicolas sudahpun mati. Lyudmila mati selepas itu akibat kecederaan di dada. Alexander Zolotarev kemudian mengambil baju kot Lyudmila. Dia mati tidak lama kemudian akibat beberapa kecederaan di dada dan hypotermia.

Alexander Kolevatov yang keseorangan, kesejukan, ketakutan dan keletihan kemudiannya berputus asa, tidur dan tidak lagi bangun.

Sebelum ini, dalam bahagian dua, dicatatkan susur masa kejadian. Di atas adalah sambungan susur masa tersebut yang meragut nyawa sembilan orang peluncur secara misteri. Segala yang tercatat adalah adaptasi dari susur masa rasmi yang dikeluarkan pada tahun 2006, berdasarkan penemuan serta bahan bukti di tempat kejadian.

Misteri ini kemudiannya menjadi bahan laporan media Rusia. Beberapa komponen dalam penerbitan artikel berkaitan insiden ini dilihat mempunyai persamaan dengan kehilangan beberapa fakta (seperti mahu disorok dan disekat oleh pihak-pihak tertentu).

1. Yuri Yarovoi (penulis dan wartawan Sverdlovsk yang merupakan jurugambar dalam misi pencarian dan kemudiannya terlibat dalam penyiasatan kes ini) menulis sebuah buku bertajuk 'The Highest Rank of Complexity' (tajuk yang agak aneh). Jalan ceritanya yang berlatarbelakang insiden ini, namun dalam versi 'Romanticised' dan berakhir dengan happy ending.

Dia kemudiannya menulis semula jalan cerita tersebut sebelum pihak berkuasa menahan buku itu dari diterbitkan. Dalam penulisan keduanya itu, hanya ketua kumpulan peluncur yang mati. Yuri dan isterinya kemudian ditemui mati dalam satu kemalangan jalan raya pada pertengahan tahun 1980 dan anehnya, segala penulisan, rekod serta catatan peribadi Yuri berkaitan Dyatlov Pass Incident hilang.

2. Sesetengah 'details' berkaitan insiden itu pernah diterbitkan kepada umum pada tahun 1990 melalui perbincangan di dalam Sverdlovsk's Regional Press oleh wartawan Anatoly Guschin. Anatoly mendakwa pihak polis telah memberi kebenaran istimewa kepadanya untuk mengkaji fail 'original' siasatan berkaitan Dyatlov Pass Incident dan menggunakan maklumat tersebut sebagai bahan laporannya. Dia kemudiannya menyedari beberapa helaian maklumat dari fail itu telah tiada, termasuklah sekeping sampul - walhal ia tercatat pada ruangan 'case material list' (wikipedia 2008).

Kenapa maklumat tersebut disembunyikan dari pengetahuan umum? Dan apa yang terkandung di dalam sampul tersebut?

3. Maria Ivanova, medical assistant yang terlibat didalam misi mencari di tapak insiden mendakwa sebenarnya 11 mayat yang ditemui, bukannya sembilan. Dua daripada mayat itu kemudiannya segera dialih ke destinasi yang tidak diketahui.

4. Bukti serpihan besi dan roket dari tempat kejadian menunjukkan bahawa tempat itu merupakan tapak ujikaji senjata. Walau bagaimanapun, setelah dikaji dengan teliti, ia tidak berkaitan dengan insiden tersebut.

Radiasi, kecederaan pada mayat dan ketakutan melampau. Apa yang sebenarnya telah terjadi pada malam 1 Februari 1959 di cerun Kholat-Syakhl?

Kejadian itu terus kekal misteri hingga sekarang dan mungkin selama-lamanya.

BACA INI JUGA: Misteri Lukisan Potret Yang Berubah Seolah Bernyawa

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Mesteri sebegini mmg sukar nak di rungkai... hanya Allah jua yg tahu dan segalanya adalah dgn keizinanNya... Allahuakbar.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon