Saturday, May 24, 2014

Zana, Misteri Si Manusia Purba


Kejadian misteri ini terjadi pada pertengahan abad ke 18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia, yang ketika itu masih dalam salah satu wilayah Rusia, telah menangkap seorang wanita liar dimana lengan, kaki dan jarinya ditutupi rambut dan bulu yang tebal.

Misteri Zana
Zana (Lukisan artis).

Wanita pelik ini diberi nama Zana, kerana terlalu liar untuk menjinakkannya pada peringkat awal dan terpaksa dikurung.

Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi berbanding manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk yang luar biasa, namun tidak tahan pada udara hangat dalam bilik.

Zana sangat suka memakan buah anggur dan tanaman menjalar. Selain itu, dia juga seorang peminum tegar serta mampu tidur bertahun-tahun dengan makanan dilemparkan kepadanya.

Setelah berjaya dijinakkan, barulah Zana dibebaskan dan diajar melakukan kerja-kerja yang mudah.

Yang peliknya, dia memiliki ramai anak dengan ayah yang berbeza-beza. Namun, kebanyakan anak-anaknya meninggal kerana Zana memandikan mereka dengan air sungai yang sejuk dan hampir beku.

Penduduk tempatan yang bimbang dengan kelakuan pelik Zana telah mengambil anak-anaknya. Anak-anak Zana pula tidak seperti ibunya. Mereka membesar seperti manusia biasa dan telah dijadikan anak angkat oleh beberapa keluarga.

Zana meninggal di kampung berkenaan pada tahun 1890. Manakala anak bungsunya meninggal dunia pada 1954.

Kisah ini merupakan hasil kajian Profesor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di perkampungan tersebut.

Zana dikatakan memiliki ramai cucu dan rata-ratanya berkulit gelap. Salah seorang daripadanya adalah Shalikula.

Dia memiliki mulut yang sangat kuat sehinggakan mampu mengangkat sebuah kerusi dengan seorang lelaki duduk diatasnya.

Penelitian tentang Zana menyatakan kemungkinan wanita misteri ini merupakan evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia normal.

Ye ke? Itu kata diorang la!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon