Wednesday, November 28, 2012

Penduduk Serbia Gantung Bawang Halau Pontianak


Gantung bawang di tingkap rumah, itu amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di sebuah perkampungan di Serbia bagi menghalau pontianak selepas kincir angin yang dikatakan menjadi tempat tinggal pontianak itu, runtuh.

Gantung Bawang Halau Pontianak

Keadaan ini menyebabkan penjualan bawang putih di Bajina Basta di kawasan berkenaan meningkat selepas amaran tersebut dikeluarkan .

Rumah berkenaan didakwa didiami pontianak Sava Savanovic dan dia kononnya akan menghisap darah mereka yang datang ke situ.

Kincir angin itu dibeli oleh sebuah keluarga, Jagodic, namun mereka dikatakan terlalu takut untuk menggunakannya.

Bagaimanapun ia akhirnya menjadi lubuk duit apabila keluarga terbabit menjadikan kincir angin itu sebagai kawasan pelancongan.

Dengan tarikan kisah pontianak itu, ia menjadi tumpuan pelancong, namun hanya boleh dilawati pada waktu siang sahaja.

Selepas kincir angin itu runtuh, penduduk setempat telah menyebarkan khabar angin kononnya pontianak berkenaan telah bebas.

Dalam pada itu, Datuk Bandar di kawasan itu, Miodrag Vujetic mengaku penduduk di kampung tersebut kini berada dalam ketakutan kerana kononnya pontianak itu sedang merayau-rayau dan sedang mencari mangsanya.

“Penduduk dalam keadaan panik, semua orang mengetahui mengenai lagenda itu,’’ katanya.

Vujetic turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menasihat penduduk meletakkan bawang putih di pintu dan tingkat bagi melindungi mereka daripada pontianak yang dikatakan takut dengan bau busuk bawang itu.

Walaupun Sava Savanovic dikatakan pontianak pertama di Serbia, namun terdapat dakwaan lain kewujudan pontianak lain di situ dikenali sebagai Petar Blagojevi, yang telah mati pada 1724.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon