Sunday, September 07, 2014

Mesin-mesin Vending Yang Sangat Unik

Mesin-mesin Vending Yang Sangat Unik

Info Unik Dunia. Mesin Vending atau Vending Machine adalah mesin yang mengeluarkan pelbagai makanan atau barang segera melalui mesin. Berikut merupakan mesin-mesin vending di seluruh dunia yang sangat unik.

Kedai Zoom

ZoomShop Vending Machine

Zoom systems ialah sebuah syarikat yang bertanggungjawab tentang konsep jualan runcit. Malahan ia telah memasang sebanyak 780 buah mesin vending yang dipanggil ZoomShop dipelbagai tempat seperti di lapangan terbang, pusat membeli-belah serta banyak lagi lokasi lain di sekitar Amerika Syarikat dan juga di Jepun.

Ada juga mesin vending ini yang menyediakan khidmat jualan seperti kamera digital, pemain muzik mudah alih, komputer dan aksesori telefon bimbit.

Smart Vendor

Smart Vendor Vending Machine

Walaupun mesin ini sebuah mesin vending kereta tetapi ia bukanlah mengeluarkan kereta secara terus. Sebaliknya, mesin ini digunakan sebagai satu cara untuk mempromosikan kereta jenis Smart Car.

Jadi apa yang mesin vending ini lakukan ialah, ia akan memberikan pengguna pamplet-pamplet tentang model-model baru kereta tersebut, dealer yang menggunakan informasi tentang kereta tersebut serta pelbagai lagi informasi penting tentang kereta yang ada di pasaran.

Mengeluarkan Basikal

Post & Dekker Vending Machine

Menyewa basikal kini menjadi semakin unik. Sistem ini telah berjaya dikembangkan oleh sebuah agensi iaitu Springtime dan konsultannya, Post & Dekker dan mesin vending ini boleh ditemui di Amsterdam, Belanda.

Sistem pinjaman basikal ini membolehkan hanya satu cara sahaja bagi para pengguna boleh meminjam basikal dan boleh meletakkan basikal itu dimana sahaja.

Malahan basikal ini telah dilengkapi dengan chip RFID yang membolehkan ianya dikesan semula jika peminjam gagal atau 'terlupa' untuk memulangkannya.

Mesin Vending Kasut

Onitsuka Tiger Vending Machine

Pada bulan April 2008, Onitsuka Tiger sebuah syarikat kostum kasut yang ternama di Jepun telah cuba untuk menjadikan mesin vending sebagai mesin vending pertama yang boleh menawarkan kasut berdekatan dengan Jalan Carnaby di London.

Mesin ini dipenuhi dengan kasut-kasut tenis jenis Mexico 66. Malahan model kasut ini disediakan dalam 6 saiz yang berbeza.

Mesin ini akan membuat kasut itu sendiri yang mengandungi kira-kira 100 seksyen berbeza di hadapan para pembelinya.

Malahan, mesin vending kasut itu kini boleh ditemui di kebanyakan lokasi di England.

Mesin Vending Pizza

Wonder Pizza Vending Machine

Syarikat Wonder Pizza sedang mengembangkan satu mesin vending yang dapat membuat dan menyiapkan sekeping pizza berukuran 9 inci dalam tempoh dibawah 2 minit sahaja.

Mesin Vending Sushi

Sushi Vending Machine

Mesin vending ini boleh ditemui di Ferry, Jepun. Ferry ialah sebuah kawasan yang biasanya menyediakan makanan-makanan yang dibekalkan melalui mesin-mesin vending. Biasanya makanan-makanan yang dibeli oleh pembeli akan diterima dalam bentuk sejukbeku yang memerlukan mereka memanaskannya dalam ketuhar gelombang mikro dalam tempoh kurang dari 3 minit.

Mesin Vending Menjual Buku

Books Vending Machine

Mesin vending ini boleh ditemui dilapangan terbang Gatwick, London.

Mesin Vending Menjual Alat Permainan

Toys Vending Machine

Sebuah lagi hasil ciptaan dari Jepun yang menjual permainan didalamnya.

Hey Buddy!

Hey Buddy! Vending Machine

Mesin vending yang telah dibina oleh Carlotta Lennox pada tahun 1998 ini adalah sebuah mesin yang berkaitan dengan haiwan peliharaan dan nampaknya perniagaan ini telah berjaya mencapai kejayaan.

Mesin ini membekalkan keperluan seperti permainan haiwan selain keperluan lain haiwan peliharaan seperti pemegang anjing, makanan untuk haiwan peliharaan malahan snek untuk haiwan.

Kebanyakan mesin ini boleh ditemui di tempat-tempat yang membenarkan haiwan peliharaan dibawa seperti taman-taman, klinik-klinik veterinar dan juga pusat penjagaan haiwan peliharaan.

-Sentiasapanas.com

Saturday, September 06, 2014

Benarkah Shakespeare Pengarang Yang Hebat?

Benarkah Shakespeare Pengarang Yang Hebat?

William Shakespeare (meninggal pada tahun 1616) tidak dapat dinafikan adalah nama besar dalam kesusasteraan dunia. Sasterawan Inggeris itu telah menghasilkan banyak karya-karya besar, misalnya; Hamlet, Romeo and Juliet, The Merchant of Venice, The Taming of The Shrew dan banyak lagi.

William Shakespeare

Sebahagian besar karya-karya itu telah di'teater'kan atau di'drama'kan sehingga kini dan terus segar. Akan tetapi, ada golongan yang yakin bahawa Shakespeare bukanlah penulis karya-karya tersebut.

"Saya tidak yakin dan percaya bahawa Shakespeare adalah penulis karya-karya hebat itu", kata Sigmund Freud, pelopor aliran psikologi psikoanalisis yang hebat itu.

Bukan calang-calang juga kerana nama-nama besar lain seperti Charlie Chaplin, Mark Twain, Charles Dickens dan Malcolm X turut tidak percaya.

Tidaklah menghairankan kerana keraguan itu sudah bermula sejak awal abad ke-18 lagi. Pada tahun 1785, misalnya, seorang pendeta mengatakan bahawa Sir Francis Bacon (meninggal dunia pada tahun 1662), seorang ahli falsafah, adalah penulis asalnya.

Setelah itu, banyak nama lain diajukan menjadi alternatif. Akan tetapi, paling tidak sampai sekarang, alternatif terkuat adalah Edward De Vere (meninggal pada tahun 1604), seorang bangsawan dari Oxford bergelar Earl of Oxford.

Namun begitu, Shakespeare juga mempunyai penyokong setia. Debat benar atau tidak pun bersemarak antara penyokong atau kumpulan Oxford melawan kumpulan Stratford (tempat kelahiran Shakespeare).

Bukan hanya melalui buku-buku, seminar-seminar, debat itu juga berlangsung di Internet. majalah Time, misalnya, menulis tentang perbezaan pendapat ini pada 8 Mac 1999. Kemudian menyusul pula filem Shakespeare in Love yang kontroversi itu.

Kenapa Shakespeare diragui? Tidak ada satu pun yang kena atau sesuai antara Shakespeare dengan karya-karyanya itu, menurut kumpulan Oxford.

Karakter, latar belakang, pendidikan, keluarga, rakan-rakan dan lain tidak menunjukkan bahawa Shakespeare adalah penulis hebat itu.

Shakespeare, misalnya, tidak memiliki pengalaman luas yang diperlukan untuk bahan menulis. Dia hanyalah aktor picisan dan anak pembuat sarung tangan berasal dari Stratford, sebuah desa yang populasinya hanya 1,400 orang ketika itu.

Jika dia penulis besar, kata kumpulan Oxford lagi, pasti akan ada banyak dokumen lain yang menyokong, baik berupa surat dari dan kepadanya, pamflet dan bahan-bahan lain. Akan tetapi, malang sekali, dokumen itu tidak ada.

Yang ada hanyalah dokumen yang mengulas bahawa Shakespeare berlakon teater di London dan menulis puisi, tetapi bukan dengan karya-karya besar.

Lain halnya dengan Edward de Vere, bangsawan Oxford ini memiliki pengetahuan luas perihal kehidupan 'bangsawan' pada zaman itu selain pernah menetap di India, dua elemen penting yang banyak menjadi latar belakang karya-karya itu.

Apatah lagi, de Vere adalah seorang penyair, produser, aktor, serta lulusan Universiti Oxford. Malah lanjut kumpulan Oxford lagi, ada beberapa persamaan antara lakonan-lakonan itu dengan kisah hidup de Vere dan beberapa orang yang dekat dengannya.

Malahan, beberapa kalimat yang digariskan di dalam kitab injil milik de Vere juga muncul dalam beberapa lakonannya.

Ringkasnya, de Vere adalah penulis asalnya. De Vere menggunakan nama samaran iaitu Shakespeare, yang kebetulan sama dengan nama aktor sandiwara jalanan Stratford itu.

Alasannya, kata kumpulan Oxford, pada zaman itu tidak wajar seorang bangsawan mencantumkan namanya pada karya yang akan dipentaskan pada umum. Lagipun, de Vere bukanlah bangsawan sembarangan dan pernah rapat dengan Ratu Elizabeth I yang berkuasa.

Dan kenapa nama samarannya 'Shakespeare'?

Untuk persoalan ini pun ada alasannya; Ini kerana lambang Oxford adalah seekor singa yang sedang 'bergoyang' (to shake). Lambang ini sentiasa kelihatan pada pakaian Shakespeare.

Freud dengan yakin menyimpulkan: "Orang Stratford nampaknya sama sekali tidak memiliki bukti untuk menyokong Shakespeare, sedangkan orang Oxford itu memiliki segala-galanya".

Sudah tentu semua hujah ini disanggah oleh kumpulan Strafford. 'Shakespeare' yang asli menurut mereka adalah seorang yang genius. Banyak bukti-bukti untuk menyokong bahawa dia bukanlah aktor picisan dan penulis biasa. Shakespeare juga mendapat pendidikan yang memungkinkan dia mengenali sastera.

Sebahagian kisah hidup Shakespeare ada sangkut-pautnya dengan beberapa lakonan. Lagipun, jika de Vere penulisnya, kenapa beberapa lakonan hebat baru ditulis setelah dia meninggal pada tahun 1604, seperti King Lear (1605) dan Macbeth (1606).

Belum cukup dengan alasan itu, Alan Nelson dari kumpulan Stratford menelusuri beberapa sisi gelap kehidupan de Vere. Menurut Nelson, de Vere pernah didakwa mempunyai hubungan intim dengan beberapa lelaki muda.

Ayah dan anak lelaki de Vere juga diketahui mengamalkan hubungan songsang. Tambahan lagi, de Vere pernah membunuh seseorang yang tidak bersenjata tetapi dibebaskan kerana pengaruh seorang bangsawan. Pokoknya, de Vere adalah bangsawan yang tidak boleh dipercayai.

"Earl of Oxford ini mungkin orang yang paling ego di tanah England pada ketika itu", kata Nelson lagi.

"Tidak mungkin orang berkarekter seperti itu menulis karya hebat dan merahsiakannya. Ramai golongan bangsawan pada zaman itu juga menulis dan menerbit tanpa menggunakan nama samaran", tambah Nelson lagi dengan penuh yakin.

Entahlah mana satu sebenarnya yang benar. Sejarah yang benar, kata orang bijak pandai, seperti harta karun. Selalunya menjadi rebutan dan sentiasa mempunyai agenda tertentu di belakangnya.

-Sentiasapanas.com

Hamil Selepas Menyentuh Patung Kesuburan!

Hamil Selepas Menyentuh Patung Kesuburan!

Sekitar tahun 90an, bandar Orlando, Florida, Amerika Syarikat tiba-tiba menjadi terkenal dan menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia. Ia berikutan sebuah kisah sepasang patung kayu yang didakwa telah menghamilkan 2,000 orang wanita.

Baule - Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley

Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan mengarut tapi kisah ini benar-benar berlaku. Ia diakui sendiri oleh pemilik patung ini iaitu sebuah syarikat penerbitan terkenal Amerika Syarikat, Ripley's Entertainment yang berpusat di bandar tersebut.

Pada tahun pertama patung itu di pamerkan, syarikat tersebut mendakwa satu keadaan luar biasa telah berlaku. Ia bagaikan satu situasi yang dirancang apabila 13 orang pekerja termasuk beberapa orang pengunjung disahkan hamil selepas menyentuh patung itu.

Ada diantara mereka yang berasa terkejut dan tidak menyangka akan mengandung dalam waktu yang singkat walaupun telah mengambil pil perancang keluarga.

Seorang wanita yang pernah menyentuh patung tersebut dan merupakan salah seorang pekerja di syarikat itu mendakwa sangat terkejut selepas mendapat tahu dirinya disahkan hamil.

Dia mengakui sebelum disahkan hamil, dia telah mengambil pil perancang keluarga untuk mencegah kehamilan tetapi tidak lama kemudian dia disahkan hamil dalam masa yang singkat. Ia sebenarnya sesuatu yang sangat mustahil.

Sementara itu, seorang petugas wanita di sebuah syarikat kiriman ekspres, Airborne Express, turut dilaporkan hamil. Wanita tersebut yang dirahsiakan identitinya mendakwa, sewaktu melakukan rutin hariannya, dia kerap kali menyentuh patung berkenaan untuk dipindahkan ke tempat-tempat pameran mengikut jadual yang ditetapkan.

Baule - Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley [2]

Kisah tahyul mengenai kemampuan patung tersebut menyuburkan wanita mula tersebar. Ia mendapat liputan meluas daripada media di seluruh dunia.

Antaranya, pernah ditayangkan di beberapa buah stesen televisyen tempatan dan luar negara seperti CNN, Good Morning America, Unsolved Mysteries, Primer Impacto di Sepanyol dan lain-lain lagi.

Ekoran itu, ia dianggap sebagai satu fenomena luar biasa. Keadaan itu telah menarik perhatian sejumlah besar wanita untuk melihat dan menyentuh patung tersebut. Kebanyakan wanita ini disahkan mandul dan mereka sangat inginkan cahaya mata.

Menurut cerita, patung kayu itu diambil dari sebuah negara Afrika, Ivory Coast. Pada tahun 1995, patung tersebut telah menarik perhatian pengasas muzium Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley. Dia dikatakan telah membeli patung berkenaan dengan harga US$D1,000.

Pada asalnya, patung kayu setinggi lima meter itu merupakan milik suku kaum asli Afrika yang dikenali sebagai Baule. Ia diukir secara berpasangan dan kelihatan seolah-olah seperti pasangan diraja.

Berdasarkan kepercayaan suku kaum ini, patung tersebut dianggap sebagai lambang kesuburan dan ia secara langsung menjadi lambang kesinambungan generasi mereka.

Baule - Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley [3]

Mengikut kenyataan yang dikemukakan oleh Ripley's Entertainment, mereka telah menerima kira-kira 2000 pucuk surat selepas tiga tahun mempamerkan patung tersebut di serata dunia.

Kesemua surat itu dihantar oleh wanita-wanita yang mengaku hamil selepas menyentuh patung berkenaan.

Peliknya, ada diantara mereka yang disahkan mandul begitu teruja selepas mendapat tahu bakal menerima cahaya mata.

BACA INI JUGA: Gadis Cantik Malang Yang Dilahirkan Tanpa 'Kemaluan'!

-Sentiasapanas.com

Doktor, Individu Paling Dipercayai Di Malaysia

Doktor, Individu Paling Dipercayai Di Malaysia

Doktor paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Inilah rumusan kaji selidik yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia.

doktor cantik

Sejujurnya jawapan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kalau tak percaya pada doktor tentu tak akan ramai yang ke hospital.

Yang pasti, kita tidak akan mengambil risiko berjumpa dengan mereka yang bukan pakar, walaupun ada juga yang berjumpa dukun/bomoh kalau sakit.

Selain daripada doktor, cikgu dan professor juga adalah antara profession yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Yang ini pun kita tak terkejut sebab kalau kita tak percaya kepada cikgu atau professor, tentu tak ramai yang akan ke sekolah atau ke universiti.

Ilmu yang diajar cikgu itulah yang tersemat dalam hati kita sejak kecil lagi. Bayangkan kalau ilmu yang diajar cikgu tu tidak tepat, mungkin ramai yang dah tak jadi "orang' sekarang ni.

Jadi, terima kasih untuk cikgu-cikgu dan prof-prof yang telah berkongsi ilmu dengan kita sejak dari kecil. Jasa anda semua tak akan kita lupa sampai bila-bila.

Paling Tak Di Percayai

Tun-dr-mahathir

Kalau doktor, cikgu dan professor menduduki tangga teratas, menteri, ahli koporat dan juga ahli politik menduduki 3 tangga tercorot.

Dalam erti kata lain, profession yang paling tak dipercayai di Malaysia.

Sebenarnya tidak mengejutkan membaca rumusan ni kerana kebanyakan janji-janji orang politik adalah janji manis yang selalu di ungkapkan menjelang pilihanraya.

Selepas pilihanraya, Alhamdulillah kalau ada yang terlaksana. Kalau tak ia akan jadi manifesto yang tiada due date. Diperbahrui setiap 5 tahun sekali.

Kesimpulannya, tahniah untuk doktor, cikgu dan juga professor yang mengungguli carta kepercayaan rakyat Malaysia.

Dan kepada ahli politik, jadilah ahli politik yang bertanggungjawab.

Bekerjalah untuk rakyat bukan untuk kepentingan ahli keluarga dan juga rakan-rakan rapat sahaja.

Ingatlah setiap pekerjaan kita adalah amanah dari Allah.

Kalau pecah amanah, besar akibatnya. Sengsara di dunia dan juga diakhirat.

BACA INI JUGA: Perkara Yang Tidak Mampu Dibeli Dengan Wang

Sumber: Myblogsantai.blogspot.com

Luar Biasa

Luar Biasa

Kita sering kali mendengar kisah-kisah luarbiasa, namun tidak pernah melihatnya dengan mata kita sendiri.

Luarbiasa

Ruangan kisah luar biasa ini diwujudakan khusus buat para pembaca bagi memudahkan pencarian info-info tentang fakta, berita serta kisah Luar biasa.

Artikel ini juga akan berkongsi kepada anda kejadian-kejadian luar biasa, perkara mengharukan tapi luar biasa, fenomena luar biasa, penyakit luar biasa, perbuatan luar biasa malah amalan manusia yang luar biasa.

Semoga pengunjung kami yang sukakan perkara-perkara yang luar biasa  mendapat sedikit informasi berkaitan perkara-perkara luar biasa dan suka membaca himpunan artikel-artikel luar biasa kami ini.

INFO LUARBIASA UPDATE: 16/MAC/2016

  1. Dindim, Penguin Yang 'Melawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!
  2. Naskah Al-Quran Ditumbuhi Pokok Bunga Anggerik!
  3. Al-Qur'an Tidak Dimamah Api Dalam Kebakaran!
  4. Rekod Baharu Dunia Selesai Kiub Rubik, 4.9 Saat!
  5. Suku Kaum Luarbiasa Yang Kebal Racun Arsenik!
  6. Pokok Berusia 5,000 Tahun Tukar Jantina Untuk Berbuah!
  7. Postonja, Gua Batu Kapur Paling Mengagumkan Di Dunia!
  8. 6 Kemalangan Jatuh Dari Udara Paling Luarbiasa Pernah Terjadi
  9. Manusia Luarbiasa Yang Kebal Serangan Kilat
  10. Mayat Masih Sempurna Selepas 6 Tahun Dikebumikan!
  11. Acara Menakjubkan Yang Pernah Di Lakukan Di Bawah Air
  12. Video Hebat Lelaki Kudung Drift Guna Kaki
  13. Telur Keluarkan Darah Lepas Dibaca Surah Al-Rukyah
  14. Isao Machii, Samurai Yang Mampu Membelah Peluru!
  15. Kubur Paling Luarbiasa Terletak Ditengah Jalan Raya!
  16. Lelaki Buta Yang Melihat Dengan Bunyi!
  17. Keindahan Luarbiasa Tulisan Hieroglif Makam Purba Amenhotep
  18. Breidamerkurjokull, Keindahan Luarbiasa Gua Kristal Di Iceland
  19. Swirling Star, Fenomena Alam Yang Sangat Menakjubkan
  20. Keajaiban Seni Susun Telur Berdiri
  21. Salar de Uyuni, Keindahannya Seumpama 'Syurga Di Bumi'
  22. #QZ8501: Bau Harum Yang Luarbiasa
  23. TomTato, Pokok Berbuah Tomato Dan Ubi Kentang!
  24. Kisah Luar Biasa Lelaki Pembelah Gunung!
  25. Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari!
  26. Kalimah Allah Tertera Pada Daging Korban!
  27. Luarbiasa! Menukul Paku Guna Kepala!
  28. Hamil Selepas Menyentuh Patung Kesuburan!
  29. Lelaki Kecil Tapi Kekuatannya Menakjubkan!
  30. Fenomena Luar Biasa Awan Berlubang
  31. Kucing Selamatkan Syarikat Hampir Bangkrap!
  32. Luarbiasa! Perkataan Baik Mampu Mempengaruhi Makanan!
  33. Gajah Menangis Di Bebaskan Selepas 50 Tahun Dirantai
  34. 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan
  35. Luarbiasa! Masih Hidup Selepas Dipanah Petir Dua Kali!
  36. Menjadi Genius Selepas Di Belasah Samseng!
  37. Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!
  38. Gadis Menderita Klimaks Seksual 50 Kali Sehari
  39. Pramugari Masih Hidup Selepas Jatuh 33,000 Kaki Dari Pesawat!
  40. Bayi Ajaib Mati Hidup Semula
  41. Alexia Sloane, Kanak-kanak Penterjemah 4 Bahasa!
  42. Luar Biasa! Manusia Kebal Patukan Ular Berbisa!
  43. Luarbiasa! Sentuhan Emas Wanita Kudung Tangan!
  44. Fenomena Luarbiasa Ombak Di Langit
  45. LUAR BIASA! Lyudmila Titchenkova Digelar Gadis Zirafah
  46. LUAR BIASA! Di Peluk UNTA Yang Kerinduan Selepas Lama Tidak Bertemu!
  47. Manusia Yang Menderita Kerana Penyakit Yang Luar Biasa!
  48. Jasad Bayi Masih Sempurna Selepas Berpuluh Tahun!
  49. Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Memusingkan Kepala 360° Darjah!
  50. Luarbiasa! Video Pesawat Boeing 767 Berjaya Mendarat Tanpa Tayar!
  51. Gadis Cantik Malang Yang Dilahirkan Tanpa 'Kemaluan'!
  52. Luarbiasa! Mayat Pelajar Lemas ‘Muncul’ Selepas Si Ibu Berdoa!
  53. Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?
  54. Luarbiasa! Kanak-kanak Yang Mampu Melihat Dalam Gelap!
  55. Luarbiasa! Jadi Pakar Muzik Selepas Cedera Di Kepala
  56. Kisah Luarbiasa Bayi Yang Di Selamatkan Pelukan Kembarnya
  57. Luarbiasa! Air Terjun Di Dalam Laut
  58. Video Bayi Menyebut Perkataan 'Allah' Berulang Kali
  59. Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an
  60. Pelajar 16 Tahun Yang Berjaya Menyelesaikan Masalah Matematik Berusia 300 Tahun!
  61. Luarbiasa! Remaja Yang Berjaya Menjual Laman Webnya Pada Harga 6 Angka!
  62. Luarbiasa! Bandar Tenggelam Selepas Gempa Bumi Akhirnya Muncul Semula
  63. Luarbiasa! The Great Banyan Pokok Paling Lebar Di Dunia
  64. Berusia 110 Tahun Tapi Fikirannya Seperti Remaja 14 Tahun!
  65. Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit
  66. Luarbiasa! Atacama, Gurun Paling Kering Dihujani Salji
  67. Terowong-terowong Yang Sangat Cantik, Anda Pasti Terpegun!
  68. Wanita New Zealand Memandu Sejauh 300 Kilometer Ketika Tidur!
  69. Luarbiasa! Kelahiran Bayi Berkepala Dua
  70. Genius Yang Mendapat Ijazah Ketika Berusia 10 Tahun
  71. Luarbiasa! Ikan Yang Pandai Bermain Bola
  72. Luarbiasa! Akhal-Teke Kuda Berbulu Emas
  73. Luarbiasa! Tangan Terputus Semasa Perang Vietnam Muncul Semula
  74. Luarbiasa! Remaja Lakukan 11 Pekerjaan Bekerja 50 Jam Seminggu!
  75. Pelajar Wanita Terkejut Memiliki Empat Organ Buah Pinggang
  76. Luarbiasa! Pesalah Yang Terselamat Selepas Hukuman Mati
  77. Pelik! Satu Keluarga Berjalan Seperti Monyet Sejak Di Lahirkan
  78. James Harisson Manusia Pemilik Darah Paling Istimewa
  79. Luarbiasa! Buaya Berwarna Oren Berjaya Di Rakam
  80. Luarbiasa! Rumah Misteri Ditengah-tengah Sungai
  81. Luarbiasa! Tasik Di Tengah Padang Pasir Terbesar Dunia
  82. Luarbiasa! Hidupan Yang Mampu Hidup Kekal Abadi
  83. Bayi Ajaib Lahir Dalam Lumpur
  84. Betapa Azabnya Gadis Ini Tersedu Setiap Dua Saat
  85. Luarbiasa! Perang 335 Tahun Tanpa Seorang Pun Terkorban
  86. Kisah Benar Wanita Dipelihara Monyet Sewaktu Kecil
  87. Ayam Kebal Selepas Disembelih Dua Kali Akhirnya Mati
  88. Luarbiasa! Badan Anjing Bersinar Didalam Gelap
  89. Gadis Cantik Memiliki Lidah Terpanjang Di Dunia
  90. Mayat Mati Dua Bulan Tapi Tidak Reput
  91. Fenomena Luar Biasa Tanah Tujuh Warna
  92. Budak Lelaki Pemilik Tanduk Syaitan
  93. Luarbiasa! Kapal Mendarat Tanpa Tayar Depan!
  94. Luarbiasa! Sayur Gergasi Yang Tidak Masuk Akal
  95. Dituduh Ambil Dadah Gara-gara Menyerupai Watak Popeye
  96. Satu-satunya Suku Kaum Yang Tinggal Di Pulau Buatan Terapung
  97. Kampung Yang Memiliki Kembar Paling Ramai Didunia
  98. Manusia Istimewa Yang Memiliki Dua Wajah
  99. Telaga Ajaib Yang Sangat Menakjubkan Di Portugal
  100. Budak Yang Diiktiraf Paling Kuat Didunia
  101. Luarbiasa! Tumbuhan Hidup Dalam Botol Tertutup Sejak 40 Tahun Lalu!
  102. Paling Cerdik Di Dunia Boleh Membaca Ketika Berusia 2 Tahun
  103. Luarbiasa! Hotel Mewah Terletak 155 Meter Dibawah Tanah
  104. Orang Miskin Ialah Mereka Yang Berusaha Memenuhi Kehendak Mewah
  105. Luarbiasa! Kura-kura Hilang 30 Tahun Lalu Ditemui Semula!
  106. Gambar Luarbiasa Yang Sebenarnya Di Hasilkan Di Studio
  107. Inilah Landasan Kereta Api Paling Berselirat Di Dunia
  108. Aksi Luarbiasa Pengacara TV Di Gelanggang Basketball
  109. Gempar! Bayi Baru Lahir Bersalam Dengan Doktor
  110. Luarbiasa! Taman Yang Cantik Di Dasar Tasik
  111. Luarbiasa! Pokok Kayu Yang Berwarna-warni Umpama Pelangi
  112. Wanita Ini Memilih Untuk Hidup Seperti Dalam Kisah Lord Of The Ring
  113. Luarbiasa! Hotel 5 Bintang Yang Dibina Didalam Bekas Lombong Kuari
  114. Haiwan Yang Tidak Akan Mati Walaupun Direbus Air Mendidih!
  115. Buah Yang Paling Terang Dan Berkilau Di Alam Maya
  116. Bayangkan Mereka Tinggal Dipuncak Dahan Kayu Balak!
  117. Luarbiasa! Kucing Seludup Barangan Kepada Banduan
  118. Tahukah Anda Kenapa Mata Kita Berkelip?
  119. RM5 Juta Bil Perubatan Lelaki Paling Berat Di Dunia
  120. Luarbiasa! Sungai Yang Berwarna Hijau
  121. Fakta Luarbiasa Tentang Alam Semesta
  122. Luarbiasa! Saintis Temui Sungai Dalam Laut di Laut Hitam
  123. Wanita Ini Memiliki Lidah Yang Sangat Panjang!
  124. Gambar Organ Dalaman Manusia Yang Menakjubkan
  125. Luarbiasa! Kampung Yang Dihuni Orang-orang Kerdil
  126. Luarbiasa! Satu Kampung Amalkan Poligami
  127. Gigitan Piranha Hitam Terkuat Di Antara Semua Haiwan
  128. Pokok Tertua Di Dunia Yang Sangat Menakjubkan
  129. Menakjubkan Istana Yang Di Ukir Dalam Gunung
  130. Benarkah Wujudnya Syurga Di Dalam Bumi?
  131. Jambatan Gantung Yang Paling Menggerunkan
  132. Ganjilnya Ayam Menetas Tanpa Sehelai Pun Bulu
  133. Manusia Sehebat Spiderman Di India
  134. Wanita Masturbasi 50 Kali Sehari Bunuh Diri
  135. Resepi Yang Di Kawal Umpama Berlian Dalam Bank
  136. Penemuan Luarbiasa Spesis Baru Dinosour
  137. Jambatan Paling 'Ngeri' Serata Dunia Termasuk Di Malaysia
  138. Kerang Gergasi Yang Luarbiasa Pelik
  139. Luarbiasa! Kilat Dari Langit Bersambung Dengan Menara Burj Dubai
  140. Gambar Keajaiban Pertemuan Antara Dua Sungai
  141. Lelaki Berwajah Makhluk Asing Di Rusia
  142. Gempar Wanita Teleport Selamatkan Kanak-kanak
  143. Gambar Pemandangan Luarbiasa Dari Atas Awan
  144. Peserta Kurus Juara Pertandingan Makan
  145. Luarbiasa! Ritual Berdarah Berguling Atas Duri
  146. Luarbiasa! Kanak-kanak Memiliki Mata Seperti Kucing
  147. Luarbiasa! Ayam Beranak Bukannya Bertelur!
  148. Luarbiasa! Gambar Pertemuan Siang dan Malam
  149. Luarbiasa! Rumput Tumbuh Di Bawah Padang Pasir
  150. Di Geletek Setiap Saat Untuk Terus Hidup
  151. Luarbiasa! Tubuh Bersalut Jarum Peniti
  152. Kucing Bernama Perla Selamatkan Nyawa Tuannya
  153. Luarbiasa! Sungai Yang Mempunyai Ombak Seperti Laut
  154. Gambar Menakjubkan Permukaan Matahari
  155. Luar biasa! Manusia Paling Pantas Bertutur
  156. Fenomena Hujan Aneh Di Seluruh Dunia
  157. Bunga Yang Mekar Sekali Dalam Tempoh 3000 Tahun
  158. Luarbiasa! Tarik Trak Seberat 8 Tan Dengan Telinga
  159. Manusia Yang Tidak Makan Selama 70 Tahun!
  160. Gadis Pemilik Lidah Terpanjang Di Dunia
  161. Luarbiasa! Doktor Yang Membedah Dirinya Sendiri!
  162. Gambar Original Kapal Titanic Langgar Bongkah Ais
  163. Pelukis Polis Yang Mampu Melakar Gambaran Wajah Penjenayah Dengan Tepat
  164. Luarbiasa! Ombak Laut yang Membeku Diudara
  165. Luarbiasa! Pesawat Penumpang Yang Lutsinar
  166. Kembar Siam Tiga Beradik Cipta Rekod Paling Berat Didunia
  167. Seni Luarbiasa Yang Disiapkan Dalam Tempoh 34 Tahun
  168. Menakjubkan! Sawah Padi Yang Diukir Dilereng Gunung
  169. Tidak Mampu Bergerak Kerana Payudara Terlalu Besar
  170. Misteri Ular Yang Disangka Lintah Gergasi
  171. Luarbiasa! Katak Makan Ular!
  172. Bentuk Pasir Halus Yang Sangat Indah
  173. Pemegang Tali Pinggang Hitam Taekwondo Tewaskan Jerung!
  174. Kambing Tertera Perkataan 'Allah' Dijual RM640K
  175. Keretapi Yang Dibuat Daripada Batang Buluh
  176. Pokok Membengkok Ketika Menghempap Kereta!
  177. Fakta Tubuh Manusia Yang Luarbiasa
  178. Gadis Berbulu Lebat Hidap Penyakit Serius
  179. Lelaki 96 Tahun Jimak 4 Kali Satu Malam!
  180. Lumpur Ajaib Mampu Ubati Penyakit
  181. Tumbuhan Paling Panjang Umur Didunia!
  182. Luarbiasa! Pantai Berwarna Merah
  183. Hebat! Ikan Arowana Terbesar Dunia
  184. Kilang Mesin Taip Terakhir Terpaksa Ditutup
  185. Luarbiasa! Awan Jatuh Dari Langit
  186. Menakjubkan! Puncak Gunung Yang Rata
  187. Gurun Pasir Erg Chebbi Yang Menakjubkan
  188. Formasi Kejadian Luar biasa Di Laut Mati
  189. Suami Mahu Cerai Isteri Miliki Nafsu Luar biasa!
  190. Sengsara Zakar Tegang Selama 3 Minggu!
  191. Mati Kerana Tubuh Terbakar Sendiri
  192. 'Bungee Jumping' Paling Ekstrem Didunia
  193. Manusia Yang Boleh Menyebut 11 Perkataan Sesaat!
  194. Lidah Terpanjang di Dunia
  195. Pemilik Pinggang Paling Ramping di Dunia
  196. Wanita Rambut Terpanjang Di dunia
  197. Gadis 12 Tahun Lebih Genius Dari Albert Einstein!
  198. Perempuan Dengan Kaki Terpanjang di Dunia
  199. Wanita Berusia 28 Tahun Sudah Menapouse
  200. Video Apabila Bisa Ular Bersatu Dalam Darah Manusia
  201. Robot Ganti Pelajar ke Sekolah
  202. Gadis Pemilik Leher Paling Panjang!
  203. 'Anunya' Mampu Angkat 30 Kilogram!
  204. Wanita Klimaks 100 Kali Sehari!
  205. Kaki Lumpuh Terpaksa Jalan Terbalik Guna Tangan
  206. Tarik Van Hanya Dengan Kelopak Mata
  207. Sendawa Paling Kuat 110 Desibel
  208. Tahan Tendangan Celah Kangkang!

Friday, September 05, 2014

Maine Coon, Baka Kucing Terbesar Di Dunia!

Maine Coon, Baka Kucing Terbesar Di Dunia!

Sebahagian besar daripada kita mungkin bersetuju bahawa kucing adalah haiwan yang paling banyak sekali dijadikan haiwan peliharaan.

Maine Coon, Baka Kucing Terbesar Di Dunia!

Bentuknya yang comel dengan bulunya yang halus dan sangat jinak jika diajak bermain adalah beberapa alasan mengapa kucing menjadi pilihan untuk dipelihara.

Malah, ada yang memelihara kucing sebagai salah satu langkah terapi menghilangkan tekanan, menarik bukan?

Dan sekiranya anda adalah peminat tegar kucing, sudah semestinya anda tidak terlepas daripada menonton filem 'Garfield', karya seni garapan komik Jim Davis yang menggambarkan Garfield sebagai kucing yang pemalas tetapi sangat mementingkan kekemasan.

Filem arahan Peter Hewit ini menjadi popular dek kerana watak Garfield yang memiliki saiz yang besar dan sangat comel.

Pasti anda tertanya-tanya, benarkah wujud kucing dengan saiz besar sebegitu di dunia sebenar? Jawapannya, YA!

Garfield
Watak Garfield terus diingati kerana saiz dan aksinya di dalam filem.

Maine Coon adalah salah satu ras kucing yang berasal dari Maine, Amerika Syarikat. Maine Coon dikenali kerana saiznya yang besar, berperwatakan santai namun agak kasar.

Kucing ini dikenali dan disayangi di Maine kerana kebolehannya untuk mengawal populasi tikus.

Ramai yang percaya Maine Coon lahir daripada kacukan kucing liar dengan kucing dari keluarga Racoon.

Sifat istimewa pada kucing ini ialah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan baik dalam keadaan cuaca yang sejuk berbanding kucing biasa.

Haiwan unik ini juga mempunyai susuk tubuh agam dan panjang. Tulangnya besar dan kelihatan sangat tegap umpama pemburu yang hebat.

Maine Coon Jinak
Haiwan yang sangat jinak berbanding kucing daripada spesis lain.

Maine Coon turut memiliki sepasang mata oval yang besar, telinga dan kaki serta ekor yang panjang beralun.

Cosie, merupakan spesis pertama Maine Coon berwarna 'brown tabby' yang memenangi pertandingan kucing di Madison Square Garden pada 1895. Namun, populariti haiwan ini menurun pada era 1900 apabila dikalahkan oleh kucing Parsi.

Atas dasar cinta dan minat, pada tahun 1968, enam orang penggemar kucing Maine Coon mula bergabung dan membentuk 'Maine Coon Breeders and Francies Association (MCBFA)' untuk melindungi dan memelihara spesis istimewa ini.

Hasilnya, pada tahun 1980, Maine Coon telah diakui oleh semua organisasi kucing sebagai satu spesis haiwan yang memiliki ciri dan standard tersendiri.

Maine Coon - Stewie
Stewie dinobat sebagai Maine Coon terpanjang di dunia pada 2010.

Bulunya yang berkilat dan tebal mempunyai ciri istimewa iaitu kalis air. Kewujudan bulu tebal pada bahagian leher, perut dan kaki berfungsi melindungi tubuh daripada salji dan suhu sejuk.

Kucing jantan dewasa biasanya mempunyai berat badan antara 6 hingga 9 kilogram dengan panjang badan satu meter! Kucing betina pula lebih kecil dengan berat sekitar 4 hingga 6 kilogram.

Dibandingkan dengan kucing Parsi yang lebih suka tidur, Maine Coon lebih aktif dan sangat manja dengan tuannya.

Satu lagi ciri menarik haiwan ini adalah ia begitu menyukai air. Jangan terkejut jika melihat kucing ini berendam bersama tuannya di dalam tab mandi!

Maine Coon boleh ditemui dalam beberapa warna dan corak termasuk solid, tabby, bicolor, tortoiseshells, tabby-tortoise, smoke dan shaded.

Paling terkenal dan menjadi pilihan adalah warna brown-classic-tabby. Matanya besar berbentuk oval dan warnyanya berbeza sama ada hijau, keemasan atau biru.

Maine Coon - Stewie Cancer
Stewie mati akibat kanser.

Pada tahun 2010, Guiness World Record telah menobatkan Stewie, dari spesis Maine Coon sebagai kucing terpanjang di dunia dengan ukuran 4 kaki atau 121.92 cm dengan berat sekitar 15 kilogram.

Kucing yang dimiliki pasangan Robin Hendrickson dan Erik Brandsness sangat disayangi kerana sangat cekap menangkap tikus serta sifatnya yang mampu bergaul dengan kucing daripada spesis lain.

Namun, pada Februari 2013 yang lalu, telah meninggal dunia kerana menghidap kanser pada kedua-dua buah pinggangnya.

Sehingga kini, Guiness World Record masih belum menemui pengganti Stewie untuk diiktiraf sebagai pemegang rekod kucing terpanjang di dunia!

Saksikan videonya di YouTube.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?

-SENTIASAPANAS.COM

Thames, Sungai Paling Bersih Di Dunia

Thames, Sungai Paling Bersih Di Dunia

Saintis alam sekitar di Sekolah Biosains Universiti Cardiff, Dr. Ian Vaughan dan Prof. Steve Ormerod berkata, Sungai Thames diumum sebagai paling bersih selepas pihaknya menjalankan kajian terhadap 2,300 sampel air sungai di kawasan bandar seluruh dunia.

Sungai Thames

Setiap bandar raya utama dunia terletak berhampiran sungai. Misalnya Sungai Thames di kota raya London, Britain kekal sebagai sungai kawasan bandar paling bersih di dunia bagi dua dekad berturut-turut.

Menerusi kajian selama dua dekad mendapati, pasukan penyelidik yang diketuai Vaughan mengambil sampel air serta menguji tahap kesihatan 78 jenis hidupan akuatik yang terdapat di sungai-sungai urban seluruh dunia.

Kajian yang sama, mendapati banyak sungai di bandar raya utama tercemar akibat pelepasan sisa industri berat sehingga menyebabkan penurunan kualiti air.

Kajian tersebut turut menyimpulkan, pengawalan dan penambah baik secara berterusan dalam program pemuliharaan sungai dilakukan pihak berkuasa di Britain berjaya mengelak pencemaran ekosistem Sungai Thames.

"Analisis yang dilakukan jelas menunjukkan banyak hidupan akuatik sangat sensitif terhadap perubahan iklim dan suhu (sungai).

"Haiwan akuatik memerlukan bekalan oksigen. Apabila suhu sungai meningkat, kadar oksigen dalam air menurun dan haiwan akuatik akan mencari habitat baharu.

"Usaha keras pihak berkuasa mengawal pencemaran sungai bermula dari longkang di kawasan bandar telah mendorong haiwan akuatik terus membiak," kata Vaughan.

Omerod pula berkata, ikan salmon merupakan antara contoh hidupan akuatik yang menghuni Sungai Thames dan ia menunjukkan kualiti sungai itu berada di tahap terbaik.

"Berbeza di kawasan pedalaman di Britain, kadar pencemaran beberapa sungai sedang meningkat sehingga tahap membimbangkan.

"Ia disebabkan kegiatan perladangan di kawasan tanah tinggi. Sangat penting untuk pihak berkuasa meningkatkan usaha mengawal pencemaran sungai di kawasan pedalaman sama seperti di bandar," kata Omerod. -Reuters

BACA INI JUGA: Pemburu Duit Syiling Di India

Pengacara Kutuk Rakyat Palestin Meninggal Dunia!

Pengacara Kutuk Rakyat Palestin Meninggal Dunia!

Pengacara yang lantang menyokong Israel, Joan Rivers, mati selepas koma selama beberapa hari seperti yang dilaporkan dalam berita BBC.

Joan Rivers

Joan dilaporkan koma ketika menjalani pembedahan vocal chord (peti suara) dan beliau dikatakan terkena serangan jantung ketika itu.

Selepas hampir seminggu koma dan hanya bergantung kepada mesin sokongan hidup, akhirnya pengacara bermulut celupar ini akhirnya mati juga.

Sebelum ini, pengacara bermulut celupar itu pernah mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Rivers bukan sahaja mempertahankan tindakan Israel malah menyifatkan tentera Hamas sebagai pengganas dan merendah-rendahkan serta menghina penduduk Palestin.

Antara ayat popularnya ialah, “Mereka (Palestine) yang terbunuh adalah orang-orang dengan IQ rendah,“

Ironinya, pengacara mulut lancang ini mati kerana peti suaranya juga.

Sumber: Hotlips-yuya.blogspot.com (link)
Awas! Getah Loom Band Penyebab Kanser?

Awas! Getah Loom Band Penyebab Kanser?

Info Kesihatan. Pendedahan yang disiarkan di sebuah program televisyen Britain, BBC Midlands Today melaporkan gelang ‘loom band‘ mengandungi 40 peratus phthalates.

Bahaya Loom Band

Jadi, kepada peminat kraf dan pemainan getah berwarna-warni ‘loom band‘, produk yang menjadi kegilaan seluruh dunia ini dikatakan mengandungi bahan kimia karsinogenik yang boleh mengundang kanser.

Ini menyebabkan peruncit mainan bebas terbesar di negara itu, The Entertainer, menarik balik semua produk ‘loom band‘ dari 92 kedainya di seluruh negara.

Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan, pengawalan terhadap produk ini di Malaysia masih tidak jelas.

Ini kerana getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak diklasifikasikan sebagai kategori mainan untuk mematuhi Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk diambil sebarang tindakan

Bahaya Loom Band [2]

“Getah ‘loom band’ adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut. Ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” katanya memetik laporan portal berita Awani.

Ia adalah hasil ciptaan seorang rakyat Malaysia, Ng Cheong Choon, yang menetap di Detroit, Amerika Syarikat. Produk itu telah popular sejak tiga tahun lalu melalui syarikatnya, Rainbow Loom, dengan jualan melebihi empat juta unit di seluruh dunia.

‘Loom band‘ pernah dilihat di lengan selebriti seperti David Beckham, Miley Cirus, Harry Styles dan Duke dan Duchess of Cambridge.

Sumber: Mynewshub.my (link)