Mar 9, 2015

Keajaiban Seni Susun Telur Berdiri

Seorang lelaki memiliki kemahiran luar biasa apabila mampu menyusun telur secara berdiri di atas lantai licin yang kekal berdiri selama lebih sejam tanpa bantuan atau peralatan.

Muhamad Anuar Hamid

Pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu, Muhamad Anuar Hamid, 48, berkata, dia tidak menyangka mempunyai kemahiran itu hinggalah mencubanya sendiri selepas membaca satu artikel dalam akhbar baru-baru ini, mengenai keajaiban telur berdiri itu.

“Saya terbaca artikel mengatakan peristiwa telur berdiri adalah misteri yang belum terungkap lalu cuba menyusun telur dalam rumah.

“Saya mengambil kira-kira 20 telur dan menyusun di atas lantai rumah dan berjaya melakukannya tanpa bantuan sesiapa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Pinang.

Menurutnya, dia mengambil masa hampir setengah jam menyusun semua telur terbabit secara berdiri dan terkejut apabila melihat semua telur itu bertahan lebih daripada sejam.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berdiri dengan begitu lama malah isteri yang bangun tidur turut terkejut apabila melihat telur berdiri dalam rumah,” katanya.

Muhamad Anuar berkata, dia turut memberitahu rakan-rakannya mengenai kemahiran dimiliki menyusun telur berdiri itu namun mereka tidak mempercayainya kerana tiada bukti.

“Saya kemudian menyusun telur dalam rumah dan mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit sebelum menghantarnya kepada rakan-rakan.

“Selepas menunjukkan gambar telur berdiri itu baru mereka percaya saya mempunyai kemahiran menyusun telur terbabit dan ada antara mereka yang cuba melakukannya di rumah masing-masing, namun gagal kerana kulit telur yang licin,” katanya.

Apa kata anda cuba sendiri?

BACA INI JUGA: Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

Sumber: myMetro Online

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Selalunya boleh berjaya apabila gerhana, tapi ini memang satu kelebihan!

Tak pernah cuba lagi.. mcm misteri je ni SP.. nak try juga cuba nanti.. :D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon