Friday, September 05, 2014

Thames, Sungai Paling Bersih Di Dunia


Saintis alam sekitar di Sekolah Biosains Universiti Cardiff, Dr. Ian Vaughan dan Prof. Steve Ormerod berkata, Sungai Thames diumum sebagai paling bersih selepas pihaknya menjalankan kajian terhadap 2,300 sampel air sungai di kawasan bandar seluruh dunia.

Sungai Thames

Setiap bandar raya utama dunia terletak berhampiran sungai. Misalnya Sungai Thames di kota raya London, Britain kekal sebagai sungai kawasan bandar paling bersih di dunia bagi dua dekad berturut-turut.

Menerusi kajian selama dua dekad mendapati, pasukan penyelidik yang diketuai Vaughan mengambil sampel air serta menguji tahap kesihatan 78 jenis hidupan akuatik yang terdapat di sungai-sungai urban seluruh dunia.

Kajian yang sama, mendapati banyak sungai di bandar raya utama tercemar akibat pelepasan sisa industri berat sehingga menyebabkan penurunan kualiti air.

Kajian tersebut turut menyimpulkan, pengawalan dan penambah baik secara berterusan dalam program pemuliharaan sungai dilakukan pihak berkuasa di Britain berjaya mengelak pencemaran ekosistem Sungai Thames.

"Analisis yang dilakukan jelas menunjukkan banyak hidupan akuatik sangat sensitif terhadap perubahan iklim dan suhu (sungai).

"Haiwan akuatik memerlukan bekalan oksigen. Apabila suhu sungai meningkat, kadar oksigen dalam air menurun dan haiwan akuatik akan mencari habitat baharu.

"Usaha keras pihak berkuasa mengawal pencemaran sungai bermula dari longkang di kawasan bandar telah mendorong haiwan akuatik terus membiak," kata Vaughan.

Omerod pula berkata, ikan salmon merupakan antara contoh hidupan akuatik yang menghuni Sungai Thames dan ia menunjukkan kualiti sungai itu berada di tahap terbaik.

"Berbeza di kawasan pedalaman di Britain, kadar pencemaran beberapa sungai sedang meningkat sehingga tahap membimbangkan.

"Ia disebabkan kegiatan perladangan di kawasan tanah tinggi. Sangat penting untuk pihak berkuasa meningkatkan usaha mengawal pencemaran sungai di kawasan pedalaman sama seperti di bandar," kata Omerod. -Reuters

BACA INI JUGA: Pemburu Duit Syiling Di India

6 comments

  1. Harap-harap sungai tempat kita pun boleh jadi bersih macam ni juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100 tahun pun tak mungkin. Hanya mampu berdoa..:(

      Delete
  2. kalau bisa bersih begitu tak akan susah minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kosnya bisa dikurang utk pembersihan..:)

      Delete
  3. Semoga menjadi contoh kps kita di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungai di Malaysia semakin hari semakin dicemar..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon