Sunday, November 17, 2013

Video Bayi Menyebut Perkataan 'Allah' Berulang Kali


Pada zaman ini pelbagai video yang memperlihatkan kebesaran Allah dimuatnaik di laman Facebook dan juga di YouTube.

Video Bayi Menyebut Perkataan 'Allah' Berulang Kali

Antara yang paling kerap dikongsikan di laman sosial ialah video orang Islam yang meninggal dunia ketika sujud dalam solat.

Baru-baru ini juga sebuah video berkenaan jenazah yang masih tidak reput walaupun sudah dikebumikan beberapa tahun lepas.

Kali ini, video seorang bayi yang masih kecil mengucapkan nama Allah beberapa kali seperti sedang berzikir tersebar luas di laman Facebook.


Bayi ini dilahirkan di Bahrain.

Jika didengar, jelas perkataan Allah yang disebukan bayi itu dan si comel mengulanginya berkali-kali bukanlah seperti menangis atau apa, tetapi seperti bayi comel itu memahami apa yang disebutnya.

Jika Allah ingin menunjukkan kekuasaannya kepada manusia, Dia boleh melakukannya mengikut kehendakNya.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon