Tuesday, December 04, 2012

Luarbiasa! Kanak-kanak Memiliki Mata Seperti Kucing


Pakar perubatan di China telah dikejutkan dengan sepasang mata berwarna hijau milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata hijau kanak-kanak ini mampu melihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing.

Luarbiasa! Kanak-kanak Memiliki Mata Seperti Kucing

Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan.

Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberiknnya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

-Absoluterevo.wordpress.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon