Oct 7, 2014

Kalimah Allah Tertera Pada Daging Korban!

Info Luar Biasa. Subhanallah, terdapat bermacam-macam cara Allah Taala mempamerkan kebesaranNya bagi mereka yang mahu berfikir.

Kalimah Allah Pada Tanduk Kerbau!

Salah satunya kalimah ALLAH yang ditemui tertera pada tanduk seekor kerbau yang dijadikan ibadah korban sempena Aidiladha.

(Baca: Himpunan kisah-kisah luar biasa dunia)

Difahamkan, perkara ini disedari penduduk Kampung Berjaya, Guar Chempedak, Kedah ketika kerja-kerja melapah daging kerbau korban tersebut dilakukan.

Kalimah Allah Pada Tanduk Kerbau! [2]

Selain gambar kalimah ALLAH pada tanduk kerbau ini, turut tersebar di laman sosial adalah kalimah serupa pada hirisan daging korban yang dikesan di Masjid Bukit Kechil, Kota Kuala Muda, Kedah.

Kalimah Allah Pada Tanduk Kerbau! [3]

Semoga perkara sebegini mampu menjentik hati kita agar tidak alpa pada perintah ALLAH SWT yang perlu dilaksanakan bagi mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Wallahua’lam.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Beruntunglah sesiapa yang bertemu keajaiban ini kan abah..

Subhanallah.. antara bukti kekuasaan Allah... Allahuakbar.

Kalimah Allah dimana saja, dibadan seekor khinzir pun ada, termasuk tubuh badan kita... tapak tangan & jemari kita juga adalah kalimah Allah :)

rugilah bagi mereka yang alpa...

Allah itu ada dimana2... Bukti kewujudan dan kekuasaanNya

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon