Tuesday, September 17, 2013

Luarbiasa! The Great Banyan Pokok Paling Lebar Di Dunia


The Great Banyan ialah pokok banyan (Ficus Benghalensis) yang terletak di Taman Botanik India Acharya Jagadish Chandra Bose di Howrah berdekatan Kolkata, India.

The Great Banyan

Ini adalah pokok paling lebar di dunia dari ukuran kanopinya dan pokok ini dianggarkan berusia antara 200 hingga 250 tahun.

Namun, ia mendapat penyakit setelah disambar kilat pada tahun 1925, jadi untuk membiarkan bahagian yang lain hidup sihat maka sebahagian daripadanya dibuang.

The Great Banyan

Walaupun jalan sepanjang 330 meter dibina mengelilinginya, namun pokok-pokok ini terus membiak mengatasi jalan tersebut.

Walaupun tiada catatan nyata tentang sejarah pokok banyan namun kebanyakan buku-buku pengembaraan pada kurun ke 19 telah menyatakan kewujudannya.

The Great Banyan

Namun, pokok-pokok ini telah dua kali rosak akibat taufan iaitu pada tahun 1884 dan 1886. Pokok-pokok banyan itu kini hidup tanpa batang utamanya yang telah reput dan dibuang pada tahun 1925.

Kawasan yang diliputi oleh pokok-pokok ini adalah seluas 1,400 meter persegi dan buat masa ini lilitan terbesar pokok itu adalah sepanjang satu kilometer dan ranting tertinggi pula adalah pada ketinggian 25 meter dan ia turut mempunyai 3,300 akar aerial yang menjalar jauh ke dalam bumi.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon