Sunday, December 02, 2012

Kucing Bernama Perla Selamatkan Nyawa Tuannya


Seekor kucing peliharaan dipercayai menyelamatkan nyawa pemiliknya, seorang remaja perempuan yang mengalami serangan jantung.

Kucing Bernama Perla Selamatkan Nyawa Tuannya
Gillon bersama Perla.

Maria Gillon, 13, menghidap sejenis penyakit jantung dikenali sebagai ventricular tachycardia yang menggandakan kadar degupan jantungnya menyebabkannya sering mengalami serangan jantung sehingga dia sering mengalami kekejangan dan tidak boleh bergerak.

Ibu remaja itu, Adele Gillon berkata, kucing itu yang diberi nama Perla berumur tiga tahun sudah beberapa kali menyelamatkan nyawa anaknya itu dengan mengejutkan wanita tersebut daripada tidur apabila Maria mengalami serangan jantung.

‘‘Perla yang kami bela sejak berumur lapan minggu, akan menggigit ibu jari kaki saya apabila Maria mengalami serangan jantung.

‘‘Apabila keadaan ini berlaku, saya akan terus memanggil talian kecemasan, 999.’’ katanya.

Beliau berkata, keluarganya sangat bertuah dengan kehadiran Perla dalam keluarga mereka.

‘‘Baru-baru ini, Perla cedera teruk akibat dilanggar kereta dan Maria merasa sangat sedih.

‘‘Bagaimanapun, doktor haiwan berjaya menyelamatkannya dan kini Perla masih menjadi teman setia Maria,’’ katanya.

Adele berkata, anaknya itu akan menjalani pembedahan bagi merawat jantungnya dalam tempoh terdekat ini.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon