Thursday, November 13, 2014

TomTato, Pokok Berbuah Tomato Dan Ubi Kentang!


Sejenis tumbuhan luar biasa yang menghasilkan tomato di bahagian atas dan pada masa sama mengeluarkan ubi kentang (potato) di bahagian akarnya berjaya dihasilkan di United Kingdom (UK).

TomTato

Sebatang pokok luar biasa berkenaan dikatakan boleh mengeluarkan hingga 500 tomato kecil dan beberapa biji kentang putih di bahagian akarnya.

Diberikan nama Tomtato, menurut laporan laman web Oddity Central, ia adalah seratus peratus asli dan tidak diubahsuai genetiknya seperti mana yang disangkakan.

Pokok istimewa dan luar biasa itu dihasilkan menggunakan teknik khas oleh sebuah firma pertanian Thompson and Morgan yang berpangkalan di Ipswich, England.

Biarpun ada rekod pokok luar biasa serupa pernah dihasilkan, ini adalah kali pertama ia dapat mengeluarkan hasil yang boleh dikomersialkan dan pokok itu juga sedia untuk dijual.

Menurut wakil Royal Horticultural Society (RHS) Guy Barter, pokok yang dihasilkan sebelum ini mempunyai masalah dengan rasa totamo dan kentangnya tetapi hasil TomTato adalah sedap dan sama seperti tomato dan kentang biasa.

TomTato [2]

Bagi Pengarah Thompson and Morgan Paul Hansord pula, TomTato merupakan hasil kerja kuat yang berdekad lamanya selepas kali pertama idea menghasilkan pokok berkenaan tercetus 15 tahun lepas.

Ketika itu, Hansord melawat sebuah taman di Amerika Syarikat dan melihat seseorang menanam ubi kentang di bawah pokok tomato untuk bergurau.

Namun waktu itulah Hansord sedar, ia tidak mustahil kerana kedua-dua tanaman tersebut berasal dari keluarga pokok yang sama.

“Pokok ini boleh ditanam penghujung April dan akan menghasilkan dahan yang penuh dengan tomato rasa manis dari Julai ke Oktober, selain menghasilkan ubi kentang jenis baik yang boleh direbus, dilenyek dan juga di bakar,” katanya.

BACA INI JUGA: Buah Yang Paling Terang Dan Berkilau Di Alam Maya

Sumber: Mynewshub.cc

9 comments

  1. Replies
    1. Kaedah yang hebat mampu menjimatkan penggunaan ruang tanah kan..

      Delete
  2. Assalammualaikum... SP,

    kreatif... pokok tomato berbuah ubi dan tomato..

    mselim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mSelim. Kalaulah di Malaysia mampu mencipta tanaman begini..

      Delete
  3. Subhanallah... hebat sungguh ciptaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehebatan ciptaan Allah buat mereka yang mahu berfikir..

      Delete
  4. Hebat... transformasi pertanian ni.. bagusnya...

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba di aplikasikan pada tanaman lain juga. Idea dah ada, cuma kena buat konsep trial and error. Tk kerana berkongsi tuan admin

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon