Khamis, April 17, 2014

Pramugari Masih Hidup Selepas Jatuh 33,000 Kaki Dari Pesawat!


Loading...

Tanggal 26 Januari 1972, sebuah pesawat penerbangan Yugoslavia, DC-9-32 berlepas dari Belgrade ke Copenhagen, Denmark dengan membawa 28 penumpang dan krew kapal.

Vesna Vulovic - Yugoslavia DC-9-32 26 January 1972

Ketika mencapai ketinggian 33,000 kaki, secara tiba-tiba pesawat itu meletup dan terhempas di kawasan pergunungan. Kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh, kecuali seorang wanita, Vesna Vulovic.

Laporan awal suruhanjaya siasatan Yugoslavia yang diketuai oleh Statni Bezpecnost menyatakan bahawa letupan itu berpunca daripada bom buatan tangan yang telah diletakkan di ruang bagasi pesawat. Impak daripada letupan itu telah menyebabkan badan pesawat terbelah dua sebelum terhempas.

Ketika akhbar tempatan sibuk menyiarkan berita tentang kemalangan itu, kerajaan Yugoslavia pula tertanya-tanya siapakah dalang disebalik insiden berkenaan. Kemudian seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditahan. Namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkannya dengan siri pengeboman itu.

Selain itu, kemalangan tersebut juga dikatakan langsung tiada kaitan dengan sebarang aktiviti pengganas. Pesawat DC-9-32 disahkan terhempas pada ketinggian 33,000 kaki dan musnah secara total.

Yugoslavia DC-9-32 26 January 1972

Cebisan-cebisan mayat kelihatan bertebaran di merata tempat. Bagaimanapun, satu keajaiban berlaku apabila pasukan penyelamat telah menemui Vesna Vulovic dalam keadaan masih bernyawa.

Vulovic yang pada ketika itu berusia 22 tahun adalah pramugari di dalam pesawat tersebut. Dia sepatutnya tidak mengikuti penerbangan itu, namun disebabkan kesilapan teknikal, dia terpaksa menggantikan seorang lagi krew wanita lain yang juga bernama Vesna.

Sebenarnya, inilah penerbangan pertama buat gadis ini sebagai seorang pramugari.

Vesna Vulovic - Comma

Impak daripada kejadian itu, tengkoraknya retak. Manakala kedua-dua belah kaki dan tulang belakang pula patah pada beberapa bahagian.

Kemalangan itu juga telah menyebabkan Vulovic koma selama 27 hari. Separuh daripada tubuhnya dari pinggang ke kaki didapati lumpuh.

Selepas kejadian itu, Vulovic terpaksa menjalani rawatan selama beberapa bulan di hospital. Pasukan perubatan turut melakukan beberapa siri pembedahan bagi membolehkan kedua-dua belah kakinya berfungsi semula.

Vesna Vulovic - After Comma

Ketika ditemubual oleh stesen televisyen tempatan Denmark, Vulovic menyatakan dia adalah seorang yang bertuah kerana masih hidup selepas terjatuh daripada ketinggian 33,000 kaki.

Ketika kejadian tersebut berlaku, hanya dia seorang sahaja yang berada di bahagian ekor pesawat. Mungkin disebabkan itu, impak yang dialaminya tidak terlalu kuat. Bagaimanapun, dia tidak mampu mengingati insiden itu secara terperinci kerana ia berlaku dengan begitu pantas.

Selepas kejadian itu, nama Vulovic telah menjadi sebutan di kalangan warga Yugoslavia. Mereka menganggap Vulovic seorang wirawati kerana masih hidup selepas melalui satu peristiwa yang dianggap sangat mustahil. Malah, akhbat-akhbar juga tidak lekang melaporkan berita-berita susulan mengenai Vulovic.

Dia juga turut dianugerahkan pingat kebesaran daripada kerajaan Yugoslavia dan namanya turut tercatat di dalam buku Guinness Book of Record sebagai manusia yang masih hidup selepas terjatuh pada ketinggian yang paling tinggi.

Vesna Vulovic - Therapy

Setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami, Vulovic masih meneruskan kerjayanya sebagai seorang pramugari. Dia tidak mengalami sebarang trauma dan kemalangan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus terbang di awan biru.

Bagaimanapun, ketika usianya mencecah 40 tahun, perkhidmatannya telah ditamatkan selepas dia didapati terlibat dalam satu demonstrasi anti kerajaan. Vulovic dilihat aktif menentang pandangan radikal kerajaan Yugoslavia ketika itu, Slobodan Milosevic.

Selepas dipecat, beliau kemudiannya menceburkan diri dalam dunia politik dan menyertai pihak pembangkang.

Vesna Vulovic - Politician

Sehinggalah pada bulan Januari 2009, selepas setengah abad kemalangan itu berlaku, satu teori konspirasi muncul yang menyatakan kemalangan pesawat DC-9-32 adalah disebabkan oleh serangan pengganas.

Kenyataan ini disokong oleh satu dokumen sulit yang menyatakan tentang keterangan-keterangan saksi yang telah melihat kejadian itu. Antara lain mereka menyatakan pesawat tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu anti udara.

Bagaimanapun, fakta itu telah disanggah oleh kerajaan Serbia dan mendakwa bukti yang diperoleh dari kotak hitam pesawat berkenaan menunjukkan ia berlaku disebabkan oleh letupan dibahagian dalam pesawat itu sendiri.

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon