Isnin, Oktober 15, 2012

Luarbiasa! Pantai Berwarna Merah


Loading...

Sebuah pantai yang terletak di Delta Sungai Liaohe, China, terkenal dengan keunikan permukaannya yang berwarna merah.

Luarbiasa! Pantai Berwarna Merah

Fenomena itu berlaku ekoran kehadiran sejenis rumpai laut beralkali yang tumbuh melata di bahagian dasar pantai berkenaan.

Rumpai laut berkenaan mulai tumbuh sekitar April atau Mei lalu dan berwarna hijau sepanjang musim panas.

Namun, apabila tiba musim luruh, warna tumbuhan maritim itu mula bertukar kepada merah bara, sekali gus menjadikan permukaan pantai itu kelihatan seolah-olah sebuah hamparan permaidani merah yang besar.

Dikenali sebagai Pantai Merah, sebahagian besar pantai itu ditutup kepada orang ramai. Cuma satu bahagian yang agak terpencil dibuka kepada pelancong.

-Kosmo.com.my

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon