Sep 3, 2014

Lelaki Kecil Tapi Kekuatannya Menakjubkan!

Kita selalu mendengar dan menonton di televisyen tentang orang-orang kuat ataupun terkuat di dunia memiliki susuk tubuh yang besar dan sasa seperti melakukan latihan di gim.

Dannis Rogers
Lelaki kecil, kekuatan luar biasa.

Namun, berbeza dengan dengan seorang lelaki yang memiliki kekuatan luar biasa biarpun susuk tubuhnya sama seperti lelaki biasa lain.

Dannis Rogers, hanya memiliki jisim tubuh seberat 76 kilogram dengan ketinggian hanya 5 kaki 6 inci.

Ketinggian dan berat yang dimiliki Dannis boleh dikategorikan sebagai kecil jika diukur dengan kekuatan luar biasanya kerana dia agak rendah dan juga ringan.

Lelaki kelahiran Texas ini mampu membengkokkan besi perengkuh, mengoyakkan buku tebal seperti Yellow Pages, membentuk 'horseshoe' menjadi bentuk hati, membengkok dan membentuk besi keluli pejal menjadi pretzel, menarik empat buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson, menghentikan dua buah jet US Force T-34 dan banyak lagi.

Bagaimana ini semua bermula?

Ketika Dannis mendaftar masuk ke sekolah menengah, beratnya hanya 35 kg dengan ketinggian hanya 4 kaki 11 inci. Kerana kekurangan itu, Dannis sering dibuli oleh pelajar senior di sekolahnya kerana dianggap tidak cukup sifat.

Dannis Rogers Powerful
Kekuatan yang tiada bandingan.

Akibat terlalu tertekan dengan masalah tersebut, Dannis mula mengambil protein dan makanan tambahan lain semata-mata untuk mendapatkan kekuatan dan membuktikan kepada mereka bahawa dia bukan seperti yang disangka.

Bagaimanapun, dia hanya berjaya menaikkan berat badannya kepada 40 kg sahaja. Akhirnya Dannis sedar saiz badan bukannya penentu kepada kekuatan dirinya.

Suatu hari, Dannis mula perasan yang dia bagus dalam sukan gusti lengan. Maka, bermula dari situ dia berlatih untuk menguasainya.

Selepas tamat pengajian disekolah menengah, dia mula mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan gusti lengan. Tanpa disangka-sangka, pada 8 November 1975, sehari sebelum hari jadinya yang ke-18, Dannis berjaya meraih pingat East Coast Arm Wrestling Championship di Baltimore Maryland.

Dannis Rogers Arm-Wrestling
Dannis beradu kekuatan dalam gusti lengan.

Sejak dari itu, dia mula meraih lebih daripada 60 anugerah dan pingat dalam sukan gusti lengan. Ini termasuklah 10 penyertaan di peringkat negeri, dua kejohanan diperingkat antarabangsa, beberapa kejohanan terbuka Amerika Syarikat serta paling dibanggakan, berjaya dalam kejohanan gsuti lengan peringkat dunia.

Dengan tervapainya kejayaan-kejayaan itu, Dannis akhirnya bersara dari sukan gusti lengan pada akhir tahun 1980 dengan tujuan untuk fokus kepada kekuatan dirinya sahaja.

Pada tahun 1993, Dannis berjaya menghentikan dua buah jet US Air Force T-34 manakala pada tahun 1995, dia sekali lagi berjaya menghalang empat buah motosikal berkuasa besar, Harley Davidson dari bergerak selama 12 saat.

Persoalannya, bolehkah anda memiliki kekuatan seperti Dannis Rogers? Jawapannya, mungkin boleh!

Untuk menjadi kuat dan gagah, seseorang perlulah memiliki otot yang kuat. Itu adalah satu kemestian jika tidak, anda hanyalah manusia biasa seperti orang lain.

Dannis Rogers with Arnold
Bersama Arnold.

Bagaimana pula untuk mendapatkan otot yang kuat? Jawapannya, seseorang itu perlulah mengambil protein yang secukupnya serta latihan yang sewajarnya.

Semakin kerap seseorang menjalankan latihan sama ada dengan mengangkat berat ataupun apa juga aktiviti yang boleh menguatkan otot-ototnya, dia pasti akan menjadi kuat.

Bagaimanapun, pengambilan bahan makanan tambahan dari bahan kimia perlu dielakkan kerana ia boleh merosakkan tubuh di masa hadapan.

Sebaliknya, ambillah makanan asli yang memberikan gizi yang sepatutnya untuk tubuh badan kita.

BACA INI JUGA: Tentera Gurkha, Dilahirkan Untuk Berperang

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

So SP bila lagi..he..he. Kurang-kurang jadi Arnold ya..

Wahh kena dptkan otot yg kuat ni nanti.. :D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon