Wednesday, January 16, 2013

Luarbiasa! Pokok Kayu Yang Berwarna-warni Umpama Pelangi


Batang pokok ini kelihatan seperti karya seni yang dilukis menggunakan warna-warna yang pelbagai.

Luarbiasa! Pokok Kayu Yang Berwarna-warni Umpama Pelangi

Bagaimanapun warna-warna pelangi yang kelihatan pada batang pokok ini sebenarnya merupakan tindakbalas semulajadi yang terhasil sehingga menyebabkannya kelihatan bewarna-warni.

Seorang jurugambar, Warren Krupsaw, 70, menjumpai sebatang pokok ketika meraikan ulang tahun perkahwinan ke-25 beliau di Hawaii berkata, beliau terkejut melihat pokok berkenaan bewarna pelangi. Pokok-pokok yang menakjubkan ini telah ditemui di Pulau Kauai, Hawaii.


"Saya tidak pernah melihat pokok yang berwarna-warni seperti ini", kata Krupsaw. Kebanyakan orang yang telah saya ceritakan tentang pokok ini kurang mempercayainya. Tetapi perkara ini adalah benar..', katanya.

Dikatakan warna pelangi yang muncul seperti itu merupakan hasil daripada getah pokok yang menitis dan mengenai bahagian-bahagian lain pada batang pokok tersebut yang menyebabkannya bertukar warna biru, kemudian jingga, ungu diikuti merah maroon.

Warna yang pelbagai itu muncul disebabkan perbezaan waktu getah yang menitis.


Pokok bewarna-warni yang mempunyai nama saintifiknya iaitu Eucalyptus Deglupta ini dikatakan mudah ditemui di hemisfera utara dan secara semula jadinya ia mudah ditemui di beberapa negara di Asia Tenggara.

BACA INI JUGA: Postonja, Gua Batu Kapur Paling Mengagumkan Di Dunia!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon