Sep 6, 2014

Doktor, Individu Paling Dipercayai Di Malaysia

Doktor paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Inilah rumusan kaji selidik yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia.

doktor cantik

Sejujurnya jawapan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kalau tak percaya pada doktor tentu tak akan ramai yang ke hospital.

Yang pasti, kita tidak akan mengambil risiko berjumpa dengan mereka yang bukan pakar, walaupun ada juga yang berjumpa dukun/bomoh kalau sakit.

Selain daripada doktor, cikgu dan professor juga adalah antara profession yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Yang ini pun kita tak terkejut sebab kalau kita tak percaya kepada cikgu atau professor, tentu tak ramai yang akan ke sekolah atau ke universiti.

Ilmu yang diajar cikgu itulah yang tersemat dalam hati kita sejak kecil lagi. Bayangkan kalau ilmu yang diajar cikgu tu tidak tepat, mungkin ramai yang dah tak jadi "orang' sekarang ni.

Jadi, terima kasih untuk cikgu-cikgu dan prof-prof yang telah berkongsi ilmu dengan kita sejak dari kecil. Jasa anda semua tak akan kita lupa sampai bila-bila.

Paling Tak Di Percayai

Tun-dr-mahathir

Kalau doktor, cikgu dan professor menduduki tangga teratas, menteri, ahli koporat dan juga ahli politik menduduki 3 tangga tercorot.

Dalam erti kata lain, profession yang paling tak dipercayai di Malaysia.

Sebenarnya tidak mengejutkan membaca rumusan ni kerana kebanyakan janji-janji orang politik adalah janji manis yang selalu di ungkapkan menjelang pilihanraya.

Selepas pilihanraya, Alhamdulillah kalau ada yang terlaksana. Kalau tak ia akan jadi manifesto yang tiada due date. Diperbahrui setiap 5 tahun sekali.

Kesimpulannya, tahniah untuk doktor, cikgu dan juga professor yang mengungguli carta kepercayaan rakyat Malaysia.

Dan kepada ahli politik, jadilah ahli politik yang bertanggungjawab.

Bekerjalah untuk rakyat bukan untuk kepentingan ahli keluarga dan juga rakan-rakan rapat sahaja.

Ingatlah setiap pekerjaan kita adalah amanah dari Allah.

Kalau pecah amanah, besar akibatnya. Sengsara di dunia dan juga diakhirat.

BACA INI JUGA: Perkara Yang Tidak Mampu Dibeli Dengan Wang

Sumber: Myblogsantai.blogspot.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Doktor ni klu kita dah terlantar, percaya atau tak mmg kena percaya jugak. Tp ahli politik mmg kena berhati2.. lebih2 lagi klu yg politikus hehee.. :D

Politikus memang tak boleh dipercayai, banyak janji palsu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon