Sunday, November 25, 2012

Pelukis Polis Yang Mampu Melakar Gambaran Wajah Penjenayah Dengan Tepat


Cik Gibson, 62, telah 30 tahun mengabadikan dirinya sebagai penegak keadilan hanya melalui lakaran lukisan wajah penjenayah.

Bakat beliau sungguh luarbiasa, dimana ketepatan wajah suspek penjenayah adalah sangat mirip wajah sebenar malah hampir seratus peratus tepat.

Kerana lukisan lakaran nya telah ramai penjenayah kecundang di tangan polis di Houstan.

Walaupun hanya dengan sedikit gambaran yang di berikan oleh mangsa, Cik Gibson dapat melukisnya dengan sempurna.

Ini memudahkan pihak polis membuat tangkapan dengan cepat. Bagaimana Cik Gibson memulakan kerjaya sebagai pelukis untuk polis di Houstan?

Sewaktu umurnya 21, dia sendiri telah menjadi mangsa serangan penjenayah yang hampir meragut nyawanya.

Semenjak itulah di terus berkhidmat sebagai pelukis polis demi menegakkan keadilan melalui bakatnya yang luar biasa.

Tak percaya betapa miripnya lukisan lakaran penjenayahnya? Mari kita sama-sama saksikan.

Pelukis Polis Yang Mampu Melakar Gambaran Wajah Penjenayah Dengan Tepat
Lakaran Dana Wilson, yang dituduh menculik bayi yang baru lahir pada tahun 1995, ini adalah lakaran yang sangat tepat.

Bandingkan lakaran Charles Raiford dengan wajahnya yang sebenar.

Perogol Donald Eugene Dutton selepas dia melarikan diri dari penjara pada tahun 1991.

Francisco Cardenas sedang menjalani kehidupan di penjara setelah dilihat membunuh seorang pegawai polis.

Pada tahun 2002, Jeffrey Lynn Williams telah dihukum mati kerana membunuh seorang wanita dan merogol anak perempuan berusia sembilan tahun.

Penjenayah Michael Hamberger, pada tahun 1988.

Penjenayah Naim Rodriguez hanya sedikit gambaran Cik Gibson dapat melukis dengan tepat wajah penjenayah ini.

Penjenayah berusia 17 tahun, Robert Hidalgo, seorang pencuri kereta.

BACA INI JUGA: Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan

Sumber: lamankongsi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon