Jun 23, 2014

Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan

Pernah dengar nama Kieron Williamson? Dia lahirkan pada 4hb Ogos 2002 di Holt, Norfolk England.

Kieron Williamson

Bapanya bernama Keith Williamson berusia 47 tahun sementara ibunya bernama Michelle berumur 40 tahun dan bekerja sebagai jururawat dan nutritional therapist. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Billie Jo.

Keith Williamson adalah seorang kontraktor bangunan dan pada tahun 2007, Keith telah mengalami kecederaan di buku lalinya dan doktor menasihatkan dia berhenti membuat kerja-kerja berat. Sedih dengan apa yang menimpa dirinya, Keith beralih menjadi Art Dealer.

Bermulalah kehidupannya dengan mengumpul lukisan-lukisan untuk dijual. Pada masa itulah Kieron selalu memerhatikan apa yang ayahnya lakukan dengan lukisan-lukisan yang banyak dirumahnya.

Kieron, menurut cerita ibunya mmpunyai satu perangai pelik. Semasa berumur satu tahun, dia selalu memerhatikan lukisan yang tergantung di rumahnya hingga kepalanya tersenget-senget. Apa yang diperhatikannya pada masa itu tiada siapa yang tahu.

Pada suatu hari, keluarga Williamson telah pergi berkelah di tepi pantai. Kieron pula ketika itu telah berusia 5 tahun. Dia telah meminta dibelikan kertas dan peralatan melukis.

Kieron Williamson [2]

Ketika itulah dia mula melukis apa saja yang dilihatnya, pemandangan teluk, laut, awan, perahu nelayan dan apa saja.

Tetapi, yang peliknya, lukisan Kieron terlalu cantik jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya. Mengikut panduan perspektif dan skala yang betul, padahal sebelum tu dia tak pernah melukis dan langsung tidak tahu apa-apa mengenai lukisan.

Sekembalinya dari perkelahan, Kieron meninggalkan semua alat-alat permainan dan hanya melukis sepanjang masa. Ibu bapa kemudiannya menyedari ada sesuatu yang istimewa tentang Kieron. Mereka sekeluarga memberi galakan pada Kieron untuk berkarya memandangkan bakat semula jadinya.

Kieron Williamson [3]

Setahun kemudian, pada tahun 2009, ketika Kieron berusia 6 tahun, satu pameran solo pertama di sebuah galeri di Holt, galeri yang bertanggungjawab terhadap pameran tersebut ialah Picture Craft Art Gallery.

Sesuatu yang luar biasa berlaku. Tiada siapa yang menyangka lukisan Kieron habis terjual! 19 keping lukisannya terjual dengan harga £$200-£$1,500 dengan jumlah £$14,000!

Kieron Williamson [4]

Maka tersebarlah berita tentang seorang kanak-kanak sebagai 'prodigy' yang mahir dengan lukisan cat air dengan kelebihan mempunyai teknik perspective dan shading yang luar biasa. Selepas itu banyaklah stesen TV yang datang untuk menemubual dan tidak sampai setahun, Kieron menjadi perhatian ramai di seluruh dunia.

Oleh kerana bakat semula jadinya yang hebat galeri tempatan telah menyediakan kelas khas untuk belajar dengan pelukis-pelukis terkenal tempatan.

Pada penghujung tahun 2009, telah diadakan satu lagi pameran kedua. Lukisan Kieron sold out hanya dalam tempoh 14 minit dengan hasil pungutan jualan £$18,200.00 untuk 16 keping lukisan.

Kieron Williamson [5]

Pada Julai 2010 pamerannya mendapat sambutan sehingga ada yang terpaksa bermalam dan beratur di pintu galeri untuk membeli lukisannya. Sold out dalam masa 30 minit dengan hasil jualan £$150,000.00!

Kerana kehebatannya, dia digelar Mini Monet.

Semasa satu pameran, ada seorang curator yang pernah bertugas dengan galeri tersohor di London menilai hasil karya Kieron dan menyatakan 'He's an old master returned'.

Kanak-kanak yang digelar 'Sweetly monosyllabic' ini telah terkenal seluruh dunia. Mengalahkan pencapaian Pablo Picasso kerana Picasso pada usia 9 tahun telah melahirkan karya yang berjudul Le Picador. Tapi Kieron pada usia 7 tahun telah mengumpul £$150,000.00 dalam hanya beberapa minit.

Antara lukisan yang sangat di sayanginya ialah potret datuknya, Jeff Warrick Jefferies, yang menjadi koleksi peribadinya. Bila di tunjukkan gambar itu, datuknya sungguh terharu sehingga menitiskan airmata.

Kieron Williamson [7]

Pada Julai 2013, Kieron telah mengumpul kekayaan sebanyak £$1.5 juta! Membeli rumah sendiri di Ludham East of Norwich pada usia 11 tahun dan kini lukisan landskapnya bernilai £35,000.00 sekeping. Tempahan juga datangnya dari kalangan orang kaya dari seluruh dunia dengan harga £$45,000.00 sekeping.

Di antara pameran terhebatnya ialah pada 2011, 33 keping lukisan terjual dengan nilai £$100,000.00 dalam masa 10 minit. Kieron juga telah memiliki syarikat sendiri yang menguruskan hasil karyanya, Kieron Williamson Ltd.

Kieron kini menjadi satu fenomena terbaharu dunia. Pernah di filemkan di German, Danish dan TV Perancis, International News Channel - UK's TV Shows dan juga pernah menjadi tajuk utama di dada akhbar perdana UK.

Kieron juga pernah di temuramah di BBC's The One Show dan ITV's This Morning. Dan di filemkan sebagai sebahagian dari Dokumentari Channel 4 dan disiarkan di rangkaian tv Amerika dan Australia.

Ibunya pernah berkata:

'As a family we try to hold on to normality as much as we can but its nightmare to be honest, a big ethical and legal nightmare'.

Kieron Williamson Family

Menjaga kebajikan Kieron bukannya senang. Tekanan perasaan tentang kritikan-kritikan melulu kerana ada yang menuduh bapanya yang melukis dan menggunakan nama anaknya dan pelbagai lagi tuduhan yang kurang menyenangkan. Ada juga yang menuduh ibu bapanya mengambil kesempatan dan menggunakan wang hasil titik peluh anaknya untuk berjoli.

Oleh kerana itu, mereka telah melantik peguam khas untuk mengawal selia perjalanan hidup Kieron.

Yang terbaru Kieron telah mandapat tawaran untuk menjadi model bagi keluaran fesyen sebuah syarikat terkemuka pembuat pakaian GAP yang berpusat di Los Angeles sebagai model serta mendapat tawaran dari Samsung untuk menjadi duta produk, tapi atas alasan tertentu, kedua-dua tawaran tersebut terpaksa di tolak.

Sekarang ini Michelle sedang menyiapkan buku yang berjudul:

'Kieron Williamson coming to light - the remarkable story of a child's gift to painting'.

Petikan kata-kata Kieron tentang masa depannya:

'I want to carry on painting. I don't think I will go to University, but if I do it will be to study Architecture. I also want to be a writer.'

Kieron Williamson [8]

Selamat maju jaya Kieron. Semoga kisah ini mampu menjadi sumber inspirasi dan membuka minda dan mata hati semua tentang anak-anak berbakat istimewa yang mungkin ada di kalangan kita tapi mungkin tidak di ketengahkan.

Semoga Allah membuka pintu hati untuk melihat bakat-bakat yang boleh kita banggakan di peringkat dunia. Insyaallah..

BACA INI JUGA: Bagaimana Mendidik Anak Untuk Berniaga Sejak Dari Kecil?

[Sumber][Edited by SP]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon