Sunday, December 02, 2012

Gambar Menakjubkan Permukaan Matahari


Secara normalnya, mata kita tidak mampu untuk melihat matahari. Silauan cahaya matahari benar-benar menyakitkan mata kita.

Gambar Menakjubkan Permukaan Matahari

Namun itu tidak menghalang usaha seseorang individu untuk tampil melihat gambar permukaan matahari dengan menggunakan teleskop yang paling canggih.

Apabila gambar tersebut berjaya dirakamkan, ternyata betapa indahnya ciptaan Allah SWT. Jom lihat gambar di bawah ini.


Gambar-gambar menakjubkan ini merupakan permukaan matahari dari hasil fotografi yang dilakukan oleh seorang ahli Astronomi bernama Paul Andrews.

Gambar-gambar ini memperlihatkan permukaan matahari dengan terperinci yang sangat luar biasa, diambil menggunakan teleskop canggih dari sebuah taman di Bay St. Margaret, Kent, Dover United Kingdom.


Teleskop baru Mr Andrews memiliki lensa berdiameter enam inci yang dilengkapi sebuah alat untuk menapis cahaya matahari yang berbahaya.

Ada yang mendakwa gamba rini sebenar hanyalah satu rekaan. Walaubagaimanapun, matahari mempunyai keunikan yang tersendiri dan diciptakan mampu untuk menerangi cahaya penduduk di bumi. Betapa hebatnya kuasa Allah SWT.

-Melayukini.net

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon