Sunday, December 23, 2012

Gigitan Piranha Hitam Terkuat Di Antara Semua Haiwan


Gigitan ikan piranha hitam dilaporkan lebih kuat berbanding haiwan-haiwan lain di seluruh dunia termasuklah haiwan prasejarah.

Gigitan Piranha Hitam Terkuat Di Antara Semua Haiwan

Menurut hasil kajian yang diterbitkan jurnal Scientific Reports, otot rahang ikan itu yang luar biasa membolehkannya mempunyai daya gigitan menyamai haiwan yang 30 kali ganda lebih berat berbanding ikan tersebut.

Menurut penyelidik, walaupun dubuk, jerung putih termasuklah buaya mempunyai kuasa gigitan yang agak kuat, namun kuasa itu menjadi tidak mengkagumkan bila dilihat daripada saiz dan berat haiwan itu.

Malah, menurut kajian itu, piranha juga mengalahkan haiwan gergasi prasejarah seperti Tyrannosaurus rex (T-rex) dan paus besar yang mendahului jerung putih.

Menurut jurnal itu, penyelidik telah menangkap 15 ekor ikan piranha hitam di Sungai Amazon, Brazil dan melakukan pelbagai ujian gigitan ke atas gajet khas yang dicatatkan pasukan dari Amerika Syarikat, Mesir dan Brazil.

Ia merupakan ujian gigitan yang pertama kali dilakukan ke atas ikan piranha hitam atau nama saintifiknya, Serrasalmus rhombeus.

Kajian itu menunjukkan, gigitan piranha hitam bersamaan 320 newton (N) hampir tiga kali lebih kuat berbanding saiz buaya aligator Amerika.

Satu newton merupakan kuasa yang diperlukan untuk menggerakkan satu kilogram jisim bagi satu meter kaki persegi.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon