Sunday, July 14, 2013

Luarbiasa! Ikan Yang Pandai Bermain Bola


Kebanyakan ikan akan melarikan diri daripada jaring, tetapi tidak si Ikan Emas Span. Dia dikenali sebagai ikan yang pandai bermain bola.

Luarbiasa! Ikan Yang Pandai Bermain Bola

Tuan Pan, Peter Battison melatih ikan emas itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada ikan itu untuk bermain bola sepak

“Tolak bola itu, tolak bola itu, bagus Span,” katanya melatih.

Pemiliknya yang berumur 80 tahun menyedari kemahiran bersukan Span selepas beliau menghadiri kelas manual melatih ikan emas.

“Biasanya untuk melatih ikan mulakan dengan memberi hadiah atau upah, umpama gaji pemain bola untuk mendorongnya berenang menembusi cincin.

Selepas memperkenalkan beberapa halangan anda boleh menggunakan bola itu. Bola itu diperbuat dari plastik dan tidak boleh timbul,” katanya.

Ikan emas itu sudah pun mengutip kira-kira 30 pound untuk satu badan kebajikan di Exeter dan menerima ramai peminat. Sedihnya, ikan emas itu tidak boleh menandatangani autograf.



[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon