Isnin, November 12, 2012

Menakjubkan! Sawah Padi Yang Diukir Dilereng Gunung


Loading...

Dari gambar ini saja sudah menunjukkan gambaran yang sangat luar biasa. Sawah padi dilereng-lereng gunung kuno yang berusia 2000 tahun.

Menakjubkan! Sawah Padi Yang Diukir Dilereng Gunung

Terletak di gunung Ifugao Filipina yang terkenal dengan sebutan Banaue Rice Terraces.

Sawah yang ‘diukir’ di gunung Ifugo ini, dibuat dengan peralatan tradisional oleh nenek moyang bangsa Filipina. Sawah petak ini berada di ketinggian 1,500 meter di atas permukaan laut dan dikelilingi lereng gunung seluas 10,360 kilometer persegi.

Malah, apa yang luar biasa, nenek moyang mereka sudah mengatur bentuk sedemikian rupa sistem pengairan sawah berasal dari hutan yang berada diatas sawah itu. Penduduk setempat sehingga hari ini juga menanam sayur-sayuran di sawah itu.

Pembangunan merupakan salah satu ancaman bagi kewujudan sawah kuno ini. Oleh kerana itu, pihak pemerintah sangat mengambil berat hal ini, pemuliharaan sentiasa dilakukan sepanjang masa untuk menjaga kelestariannya.


BACA INI JUGA: Luarbiasa! Ombak Laut yang Membeku Diudara

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon