Wednesday, December 19, 2012

7 Pokok Tertua Di Dunia Yang Sangat Menakjubkan


Sekiranya kita memelihara hutan, ia akan menjadi satu aset berharga kepada generasi akan datang. Antara aset yang sangat berharga ialah pokok-pokok yang menjangkau usia beribu tahun dan ia akan menjadi sesuatu yang sangat berharga dan sangat indah untuk dikenali oleh generasi akan datang.

Antara 7 jenis pokok tertua yang ada di muka bumi ini ialah:

1. Pokok Yakusugi Cedar

Yakusugi Cedar

"Yakusugi Cedar" adalah diantara pokok yang terkenal dan terbesar di Jepun. Ia berukuran 25 meter ukur lilit batang dan dianggarkan berusia sekitar 2200 tahun. Ia terletak di Kawasan Warisan Dunia Yakushima.

2. Pokok Sarv-e-Abarkooh

Pokok Sarv-e-Abarkooh

Cypress Tree, Sarv-e-Abarkooh juga dikenali sebagai Zoroastria terletak di Abarkuh, Yazd, Iran.

Dilindungi oleh pertubuhan Warisan Kebudayaan Iran sebagai monumen semulajadi negara, ia merupakan satu tarikan utama pelancong dengan ketinggian 25 meter dan lilitan 18 meter.

Ia dianggarkan berusia lebih 4000 tahun dan mungkin benda hidup tertua di Asia.

Menurut "China Daily Ranking 10", ia tersenarai dalam 10 ranking teratas diantara pokok tertua di dunia.

3. Pokok Patagonian Cypress 'Alerce'

Pokok Patagonian Cypress 'Alerce'

Pokok Patagonian Cypress 'Alerce' adalah satu lagi pokok yang diketahui wujud selama 35 juta tahun, kerana tinggalan fosil. Kayu pokok ini adalah sangat berharga kepada penduduk tempatan Chile.

4. Pokok Jardine Juniper

Pokok Jardine Juniper

Jardine Juniper telah ditemui pada 23 Julai 1923 oleh Maurice Linford, pelajar di Utah State University.

Ia berdiri di atas rabung batu gunung, Cottonwood Creek. Dari saiz batangnya, ia boleh dianggarkan berusia 3000 tahun. Lilitan batang adalah 26 kaki.

5. Pokok 'Patriarca de Floresta'

Pokok 'Patriarca de Floresta'

Pokok 'Patriarca de Floresta' yang terletak di Brazil adalah salah satu pokok terbesar di hutan Atlantik yang dianggar berusia sekurang-kurangnya 3000 tahun.

Ia dianggap pokok suci tetapi spesisnya terancam.

6. Pokok Horses Chestnut

Pokok Horses Chestnut

Pokok ini terletak di pergunungan Etna di Sicily. Ia adalah pokok chestnut terbesar dan tertua yang di ketahui dunia.

Lebih menarik kerana ia terletak di Gunung Etna yang merupakan gunung berapi yang paling aktif di dunia.

Ia disenaraikan oleh Guiness World Records sebagai pokok yang mempunyai ukur lilit yang paling besar iaitu 190 kaki ukur lilit.

Dipercayai berusia antara 2000 dan 4000 tahun.

7. 'General Sherman' Sequoia Giant

'General Sherman' Sequoia Giant

Salah satu pokok bongsu diantara pokok-pokok purba adalah 'General Sherman' Sequoia Giant yang berketinggian 275 kaki dan ukur lilit 102 kaki yang boleh ditemui di Sequioa NAtional Park.

Pada tahun 2002, ukurannya ialah kira-kira 1487 meter padu dan telah dikenal pasti sebagai pokok terbesar di dunia dengan jumlah kayunya.

Ia dipercayai berusia diantara 2300 hingga 2700 tahun.

BACA INI JUGA: Suku Korowai Tinggal 165 Kaki Diatas Pokok

sumber: ohrojak

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon