Sabtu, Disember 01, 2012

Luar biasa! Manusia Paling Pantas Bertutur


Loading...

Sekali pandang, tiada apa pun yang istimewa mengenai lelaki ini. Tetapi, jika anda berpeluang berbual dengannya, pasti anda akan terpinga-pinqaa. Ini kerana setiap perkataan yang diungkap melalui mulutnya terlalu pantas sehingga sukar untuk kita fahami.

Luar biasa! Manusia Paling Pantas Bertutur

Steve Woodmore, merupakan satu-satunya manusia paling pantas bertutur dan dianggarkan empat kali lebih cepat berbanding manusia biasa.

Kedengaran seperti sesuatu yang agak mustahil namun itulah kestimewaan yang dimiliki oleh seorang lelaki dari Orpington, England ini.

Selain itu, kebolehan yang dimiliki oleh Woodmore turut berjaya menempatkan dirinya di dalam Guiness World of Record, jadi, tidak hairanlah jika dia mendapat gelaran sebagai "World fastest talker'.

Dengan gelaran tersebut, dia berjaya mencipta rekodnya sendiri dengan kiraan pertuturan 637 patah perkataan seminit sekaligus mendahului rekod yang sebelum ini dilakukan oleh John Moschitta, Jr. dengan kiraan 586 perkataan seminit.

Menurut Woodmore, kebolehan bertutur dengan pantas mula disedari ketika dia berumur tujuh tahun. Detik manis yang tidak boleh dilupakan adalah ketika zaman persekolahannya.

Kata lelaki itu, dia sering didenda oleh gurunya kerana suka bercakap sewaktu berada dl dalam kelas. Sebagai hukuman atas kesalahan tersebut, dia terpaksa membaca banyak bahan bacaan dan petikan-petikan ayat yang panjang.

Pernah satu ketika, ujar Woodmore, dia mendakwa berjaya membaca satu karangan panjang dalam tempoh dua minit.

Lantaran itu, guru yang selalu mendendanya terkejut kerana belum pernah ada orang lain yang mampu membaca karangan berkenaan sepantas itu.

Kalau ada pun, rekod masa yang berjaya dilakukan sebelum ini adalah selama lapan minit.

Disebabkan kelebihan yang dimilikinya, lelaki ini sering kali dipanggil untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton dan juga rakaman televisyen.

Antara persembahan tersebut adalah di BB'c 1Xtra Breakfast Show with Twin B, rancangan bual bicara Motor mouth dalam saluran British ITV television, dan banyak lagi rancangan tempatan dan juga luar negara.


Pada bulan Jun 2011 manusia terpantas bertutur ini pernah dijemput sebagai tetamu khas dalam satu acara berprestij di Dublin, Ireland.

Acara itu dianjurkan sempena perasmian pakej talian telefon yang dinamakan sebagai 50/50 phone oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.

Selain acara perasmian itu, semua orang awam yang menghadiri majlis tersebut turut ditawarkan untuk menyertai satu pertandingan khas.

Mereka dicabar bertutur sepantas mungkin bersama Woodmore sekali gus memecahkan rekod yang dilakukannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pertandingan itu yang disiarkan secara langsung gagal memecahkan rekod lama. Kesemua mereka yang bertanding gagal menewaskan Woodmore.

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon