Sunday, March 24, 2013

Fenomena Luar Biasa Tanah Tujuh Warna


Menghayati panorama dari atas bukit satu aktiviti yang menyeronokkan. Satu pemandangan yang sangat indah seperti berada di kawasan tinggi di Bukit Broga.

Fenomena Luar Biasa Tanah Tujuh Warna

Namun di Mauritius, terdapat sebuah bukit yang telah mengalami fenomena warna tanah.

Fenomena tanah 7 warna ini telah menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai.

Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi.

Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.

Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.

Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke Chamarel.

Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.


Melihat kepada foto-foto ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan. Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku.

BACA INI JUGA: Pelik! Kembar Seiras Yang Berbeza Warna Kulit

Sumber: Kisahbest.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon