Selasa, Februari 19, 2013

Manusia Istimewa Yang Memiliki Dua Wajah


Loading...

Lelaki ini bernama Edward Mordake dan dia mempunyai keistimewaan yang sangat luar biasa iaitu memiliki dua wajah.

Edward Mordake

Satu pada bahagian depan yang benar-benar berfungsi sebagai wajah manusia sempurna manakala pada bahagian belakang pula hanya mampu tersenyum.

Edward Mordake yang hidup pada abad ke-19, dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan Inggeris.

Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan mendidiknya dengan penuh kasih sayang.

Namun, apa yang merunsingkan keluarganya apabila mereka tidak dapat merawat Edward dengan baik kerana ketiadaan alatan pembedahan yang canggih yang membuang wajah keduanya itu.

Edward Mordake

Edward sebenarnya mempunyai wajah yang tampan dan keperbadian mulia, namun ketampanan itu hanya dilihat dari depan, apabila dia memusingkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan akan kelihatan.

Sementara itu, beberapa kisah ada menyebutkan yang wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama.

Cerita lain pula mengatakan wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan.

Edward Mordake

Oleh kerana terlalu banyak sangat kata-kata negatif, Edward dikatakan tertekan.

Akhirnya Edward tidak tahan lagi untuk mengharungi kehidupannya lantas membuat keputusan dengan membunuh diri pada usia 23 tahun.

BACA INI JUGA: Gurn, Pertandingan Muka Paling Hodoh Di Dunia!

Sumber: Tabekpuang

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon