Oct 10, 2015

Manusia Luarbiasa Yang Kebal Serangan Kilat

Dek kerana kekebalan tubuh terhadap serangan kilat, bekas renjer sebuah taman di Shenandoah National Park, Amerika Syarikat, Roy Cleveland Sullivan, telah digelar sebagai 'Human Lightning Rods'.

Roy Cleveland Sullivan

Sepanjang hidupnya, lelaki ini telah disambar kilat sebanyak tujuh kali dan yang peliknya, dia masih hidup selepas semua kejadian. Kejadian yang sangat luarbiasa dan menakjubkan!

Kejadian mengejutkan itu berlaku sekitar tahun 1942 hingga 1977. Ketujuh-tujuh peristiwa tersebut berlaku di lokasi yang berbeza.

Walaupun mengalami kecederaan akibat serangan kilat, Roy hanya mengalami kecederaan ringan tanpa perlu dimasukkan ke wad kecemasan.

Permulaan serangan kilat yang berlaku pada tahun 1942 merupakan kecederaan yang agak teruk diantara serangan kilat yang lain yang terjadi sewaktu berlakunya ribut taufan.

Roy ketika itu sedang berlindung disebuah rumah api. Malangnya, lokasi persembunyian itu berjaya 'dihidu' kilat lantas menyambar kaki kanannya. Kasut yang dipakai Roy ketika itu meninggalkan kesan lubang sekaligus mencederakan tumit kakinya.

Selepas pulih, Roy tidak menyangka dia akan menjadi mangsa kilat untuk kali kedua sehinggalah 27 tahun kemudian.

Pada tahun 1969, tragedi hitam itu kembali lagi. Sewaktu Roy sedang memandu trak menyusuri jalan disebuah pergunungan, secara tiba-tiba kilat menyambar sebatang pokok yang berada tidak jauh dari kenderaannya.

Tanpa disangka, panahan kilat tersebut terpantul ke arah cermin trak Roy. Akibatnya, kening, bulu mata dan hampir keseluruhan rambutnya hangus terbakar. Dia juga ditemui dalam keadaan pengsan selepas kejadian itu.

Serangan kilat tidak terhenti setakat itu. Dia diserang untuk keli ke tiga pada tahun 1970, kali keempat pada tahun 1972 dan kali kelima pada tahun 1973.

Walaubagaimanapun, kesannya masih lagi disifatkan sebagai kecederaan ringan. Perkara itu terus menimbulkan tanda tanya dikalangan masyarakat. Sama ada tubuh Roy yang pelik atau ada sesuatu yang menjadi 'buruan' sang kilat terhadapnya.

Serangan kali keenam berlaku pada tahun 1976. Pada ketika itu, Roy sedang cuba melarikan diri dari sekumpulan awan hitam. Namun, seperti biasa, pergerakannya seperti diintip.

Dengan tidak semena-mena kilat memanah dan mencederakan buku lalinya. Dia terselamat daripada serangan ini.

Dia dikejutkan sekali lagi dengan serangan kilat pada tahun 1977. Pada ketika itu, dia dipanah ketika sedang memancing disebuah kolam. Kecederaan yang dialami memberi kesan melecur dibahagian dada dan perut selain hangus pada rambut.

Tahun 1977 merupakan tarikh terakhir Roy menjadi mangsa panahan kilat. Sebabnya, dia meninggal dunia pada tahun 1983 dan yang memeranjatkan, kematiannya bukan disebabkan oleh kilat, tetapi dia membunuh diri selepas kecewa ditinggalkan wanita yang dicintainya.

Kisah Roy Cleveland Sullivan kekal dikenang sehingga ke hari ini. Tambahan pula selepas namanya mendapat tempat dalam 'Guinness Book of World Record' sebagai individu yang paling banyak dipanah kilat sepanjang hidup.

Luarbiasa kan?

BACA INI JUGA: Awas! Ini Petanda Terakhir Anda Bakal Disambar Petir!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Fuhh.. hebat pemberian Allah kepada hambanya... pasti klu kebanyakkan kita dah menemui ajal bila kena kilat ni... Allahuakbar.

Kebal tapi langsung tidak menyeronokkan hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon