Friday, March 04, 2016

Naskah Al-Quran Ditumbuhi Pokok Bunga Anggerik!


Pasangan suami isteri di Simeulue, Indonesia, terkejut selepas senaskah kitab al-Quran milik mereka ditumbuhi pokok bunga anggerik.

Quran

Pokok bunga anggerik setinggi 10 sentimeter itu tumbuh di ayat lapan hingga 12 surah At Tahrim pada halaman 406 di kitab suci berkenaan.

Tumbuhan itu didapati tumbuh pada kitab al-Quran milik suami isteri, Adirmansyah, 34, dan Samsidar, 25, yang menetap di Desa Lasengaluh.

Samsidar berkata, kitab itu ditemui secara tidak sengaja olehnya di parit berhampiran rumahnya kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, al-Quran itu ditemui dalam satu plastik hitam yang terapung di parit berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi senaskah al-Quran dan kitab Iqra yang basah sebelum membawa ia pulang ke rumah.

“Sampai di rumah saya mencuci kitab berkenaan sebelum dijemur dan disimpan di satu rak khas,” katanya.

Menurutnya, dia berhasrat mahu memberikan kitab berkenaan kepada dua orang anaknya untuk mereka belajar mengaji nanti.

“Baru-baru ini apabila saya membuka semula kitab al-Quran berkenaan saya terkejut apabila menemui ada pokok tumbuh di dalamnya.

“Pokok bunga anggerik ini mempunyai 11 daun dan lima tunas serta dipercayai berusia lebih 20 hari,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana pokok bunga berkenaan boleh tumbuh di kitab al-Quran itu. –Agensi/myMetro

BACA INI JUGA: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon