Ahad, Mac 31, 2013

Luarbiasa! Badan Anjing Bersinar Didalam Gelap


Loading...

Anjing bernama Tegon punya kemampuan bersinar dalam gelap. Tegon adalah anjing klon yang dihasilkan saintis Korea Selatan untuk kajian penyakit manusia, seperti alzheimer dan parkinson.

Luarbiasa! Badan Anjing Bersinar Didalam Gelap

"Tegon boleh bersinar di bawah sinar ultraviolet jika diberi antibiotik doxycycline," ungkap Lee byeong-chun, ketua pasukan penyelidik dari Seoul National University (SNU).

Tegon yang lahir pada 2009 memang bukan anjing hasil pengklonan pertama yang dihasilkan SNU. Pada 2005 ada Snuppy, yang lahir dari uji coba 2.000 sel telur yang kemudian tumbuh menjadi 1.000 embrio. Dari jumlah itu, hanya satu ekor Snuppy yang dihasilkan.

Proses yang sama kemudian dilaksanakan untuk membuat Tegon, seekor anjing betina jenis beagle (anjing pemburu kecil).

Bezanya, Tegon adalah anjing hasil pengklonan pertama yang boleh bersinar dalam gelap dengan sinar berwarna hijau.

Uniknya lagi, sinarnya boleh dihidupmatikan jika Tegon diberi antibiotik tertentu melalui makanannya.


Kemampuan menghidupkan dan mematikan gen warna ini penting ertinya dalam kajian. Saintis boleh memantau kesan suatu zat yang ditambah pada gen tersebut.

Sebagai contoh, gen beta-amyloid diketahui sebagai penyebab kerosakan fungsi saraf dalam penyakit alzheimer.

Dengan menghidupkan gen tersebut lalu memantau fungsi saraf selepas itu, dapat menghasilkan petunjuk tentang perkembangan alzheimer.

"Pembuatan Tegon membuka wawasan baru mengingat suntikan gen yang boleh membuat anjing ini bersinar boleh digantikan dengan gen-gen penyebab penyakit-penyakit fatal pada manusia," kata byeong-chun.

Kajian ini sengaja menggunakan anjing sebagai haiwan percubaan kerana terdapat sekitar 268 penyakit yang sama-sama boleh dihidapi oleh manusia dan anjing.

Hasil kajian ini diterbitkan di jurnal antarabangsa Genesis. Saintis menghabiskan masa selama lima tahun dan kos penyelidikan sebanyak 3.2 bilion won untuk membuat anjing dan melakukan pelbagai uji cuba yang diperlukan untuk keperluan pengesahan.

[Sumber]

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon