Thursday, August 08, 2013

Luarbiasa! Kelahiran Bayi Berkepala Dua


Two Headed Boy Of Bengal ialah kes pertama kewujudan manusia berkepala dua dalam sejarah perubatan dunia. Kanak-kanak ini dilahirkan di Muncul Ghait, Bengal pada tahun 1783.

Luarbiasa! Kelahiran Bayi Berkepala Dua

Semasa dilahirkan bayi ini hampir mati dibunuh kerana mak bidan yang menyambutnya terkejut lalu mencampakkan beliau kedalam api.

Nasib bayi tersebut baik kerana terselamat dan hanya mengalami kelecuran pada kepala dan badan.

Kerana keganjilan yang berlaku, ibu bapa budak berkepala dua ini menggunakan kanak-kanak ini sebagai sumber pendapatan.

Mereka sekeluarga telah berpindah ke Calcutta (Kolkata) dan mengenakan bayaran kepada mereka yang ingin melihat sendiri bayi aneh ini.

Kerana keadaannya yang luar biasa, golongan bangsawan berlumba-lumba untuk melihat sendiri rupa beliau. Akhirnya, kewujudan kanak-kanak ganjil ini sampai ke pengetahuan The Royal Society di Britain.

Dari laporan yang dihantar, kepala kedua tidak mempunyai tubuh dan hanya wujud sehingga leher. Laporan juga menyebut kedua-dua kepala mempunyai personaliti tersendiri.

Jika satu kepala tidur kepala kedua tidak tidur sekali. Apabila salah satu kepala diberi makanan, satu lagi kepala akan mula terliur.

Disamping mempunyai kembar yang parasitik, bayi berkepala dua ini hidup dengan sihat dan normal.

Meninggal dunia pada usia 4 tahun bukan kerana komplikasi kesihatan tetapi kerana dipatuk seekor ular tedung. Jasad kanak-kanak ini dikebumikan di tebing Sungai Boopnorain, Tumluch,

Kubur budak berkepala dua ini dijarah dan tubuh mereka dicuri oleh seorang ejen East Indian Company bernama Mr Dent.

Mr Dent melakukan bedah siasat pada mayat budak berkepala dua dan beliau mendapati kedua-dua kepala mempunyai otak tersendiri.

Tiada kecacatan pada otak kepala parasitik dikesan. Selepas selesai bedah siasat, tengkorak budak berkepala dua diseludup ke England dan kini boleh dilihat di Muzium Hunterian, Royal College of Surgeon London.

Sejak kes ini dilaporkan, terdapat 80 lagi kes serupa di kesan. Kes terkini berlaku di Mesir. Manar Maged dilahirkan dengan kembar parasitik yang tidak mempunyai kepala dan tangan pada tahun 2004.

Sungguhpun kedua-dua bayi ini dapat dipisahkan, Manar meninggal dunia pada tahun 2006, 5 hari sebelum ulang tahun kelahiran ke dua. Sebab kematian ialah akibat jangkitan pada bahagian yang dibedah.

Sebelum itu pada tahun 2003 Rebeca Martinez dilahirkan di Republik Dominica. Ketika menjalani pembedahan memisahkan kepala parasitik selama 11 jam pada tahun 2005, Rebeca meninggal dunia.


[Sumber][Edited by SP]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon