Ahad, Januari 06, 2013

Tahukah Anda Kenapa Mata Kita Berkelip?


Loading...

Tahukah anda berapa kali mata kita berkelip dalam satu hari? Menurut para ilmuan, mata manusia biasanya berkelip sebanyak 15-20 kali atau 1,200 kali sejam dan 28,800 kali sehari. Persoalannya, kenapa mata kita berkelip?

Tahukah Anda Kenapa Mata Kita Berkelip?

Menurut para saintis di Japan's Osaka University, berkelip adalah proses otak untuk istirehat sebentar. Dengan mata kita berkelip maka kita memberikan kesempatan kepada otak untuk istirehat dalam masa yang sangat singkat. Aktiviti ini sangat penting agar otak sentiasa segar.

Fakta mengenai hubungan kerlipan mata dan istirehat otak telah dijalankan menerusi penelitian terhadap 20 orang yang sihat ketika mereka menonton rancangan komedi, seperti yang disiarkan oleh Huffington Post (30/12).

Kajian juga sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti kaitan kerlipan mata manusia dengan tingkah laku ketika berbohong.

-SP

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon