May 18, 2015

Video Hebat Lelaki Kudung Drift Guna Kaki

Seorang lelaki dari Poland, Bartosz Ostalowski, hilang kedua-dua belah tangannya dalam kemalangan yang melibatkan kereta 10 tahun lalu.

Bartosz Ostalowski

Namun, kecelekaan yang menimpa dirinya itu sama sekali tidak menghentikan minat dan impiannya untuk terus menjadi pakar drift kereta sekarang!

Kekurangan pada diri bukan penghalang kepada seseorang untuk mencapai impian serta kejayaan.

Dengan hanya menggunakan kakinya, Bartosz mampu mengawal dengan hebat kereta yang direka khas iaitu Nissan Skyline R34 di litar.

Kemampuannya melakukan drift dilihat sama hebat dengan pemandu biasa malah mungkin lebih dahsyat skill yang ditunjukkan berbanding sesetengah pemandu.

Memang tabik pada kemampuan serta dorongan yang Bartosz ada, semestinya kebolehan dia memberi inspirasi dan pedoman kepada masyarakat yang menerima nasib yang sama seperti dia.

Kita yang sempurna dengan anggota badan pun belum tentu boleh atasi kebolehan Bartosz, jadi jangan pandang rendah pada kebolehan orang lain!

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon