Wednesday, December 19, 2012

Jambatan Gantung Yang Paling Menggerunkan

Jambatan gantung paling menakutkan di dunia terletak pada ketinggian 457 meter di atas glasier dan dibina di Pergunungan Titlis di sini, sudah mula dibuka kepada orang ramai.

Titlis Cliff Walk

Kabel jambatan gantung tertinggi di dunia dikenali sebagai Titlis Cliff Walk yang dibina di Pergunungan Titlis, tengah Switzerland.

Jurutera mengambil masa lima bulan untuk menyiapkan jambatan yang dikenali sebagai Titlis Cliff Walk itu.

Jambatan yang terletak pada ketinggian 2,743 meter di atas paras laut itu turut menjadi jambatan gantung tertinggi di Eropah.

Pembinaan jambatan sepanjang 101 meter dan lebar hanya 91 sentimeter itu melibatkan kos sebanyak 1 juta pound (RM4.9 juta).

Majlis pembukaannya yang diadakan pada hujung minggu lalu turut diadakan ketika ribut salji, sekali gus mengurangkan jarak penglihatan kepada hanya beberapa meter.

Pembinaan Titlis Cliff Walk itu adalah sempena ulang tahun ke-100 pembukaan laluan kereta kabel yang menghubungkan pekan Engelberg dan Gerschnialp pada Januari 1913.

Titlis Cliff Walk

Pembinaan jambatan itu memberi cabaran besar kepada jurutera dengan waktu kerja bergantung kepada keadaan cuaca.

“Semua orang kagum dengan jambatan gantung itu dan pembukaannya juga dibuat ketika ribut salji, sekali gus memberi satu cabaran kepada sesiapa yang mahu melaluinya," kata Peter Reinle daripada Syarikat Kereta Kabel Titlis.

BACA INI JUGA: Giler! Jambatan Merentasi Gaung Yang Dibina Daripada Rumput

Sumber: Utusan

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon