Khamis, November 08, 2012

Tidak Mampu Bergerak Kerana Payudara Terlalu Besar


Loading...

Ibu kepada empat orang anak hanya mampu berbaring di katilnya selama enam bulan kerana buah dadanya yang terlalu besar.

Tidak Mampu Bergerak Kerana Payudara Terlalu Besar

Payudara Julia Manihuari mula membesar hingga ke saiz N selepas kelahiran anak lelaki ketiganya tujuh tahun yang lalu – menyebabkan dia tidak dapat bergerak bebas.

Wanita 29 tahun ini berkata: ”Ia sangat seksa. Jika saya cuba berdiri saya akan menjadi lemah dan terasa akan pitam kerana payudara saya sungguh berat.”


Isteri seorang petani yang tinggal di Peru utara, akhirnya mendapat bantuan apabila media tempatan membayar tambang untuk satu perjalanan bot selama tiga hari untuk ke bandar terdekat bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Doktor yang mendiagnosis Julia mendapati wanita malang ini mengalami penyakit 'Bilateral Gynecomastia', satu penyakit di mana kelenjar susunya terus membesar.

Mereka terpaksa membuang 15kg daripada daging payudara Julia kerana ia berkemungkinan boleh menghimpit paru-parunya yang boleh membawa kepada kematian.

Julia muncul semula dengan payudara bersaiz 34B selepas pembedahan selama enam jam.


“Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat melakukan sebarang kerja, saya terpaksa hidup dengannya, ia menjadi begitu buruk sehinggakan payudara saya bersentuhan dengan kaki saya.

”Saya mempunyai susuk badan yang kecil dan ianya memberikan tekanan pada keseluruhan badan saya dan sangat menyeksakan.”

”Payudara saya semakin membesar dari hari ke hari. Saya tidak boleh bergerak kerana payudara saya dan perut sama besar.

"Buah dada saya menjadi sangat besar dan mula berkudis, malah saya turut mempunyai masalah untuk bernafas.”

-Paaduu.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

terlalu amat kesian.. ada orang suka besar.. ada org suka yg kecil.. tapi yg ni adalah penyakit...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon