Friday, October 12, 2012

Kilang Mesin Taip Terakhir Terpaksa Ditutup


Syarikat Godrej and Boyce di India yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai.

Kilang Mesin Taip Terakhir Terpaksa Ditutup

Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.

Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.

"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."

Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.

Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.

Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada 2010, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja.-Agensi

BACA INI JUGA: Tumbuhan Paling Panjang Umur Didunia!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon