Tuesday, August 20, 2013

Terowong-terowong Yang Sangat Cantik, Anda Pasti Terpegun!


Terowong biasanya dibina untuk menghubungkan lokasi yang terpisah dan sukar untuk dibina jalan biasa diatasnya kerana dihalang oleh bukit, gunung, lautan dan oleh alam semulajadi sendiri.

Walaupun begitu, ada beberapa terowong yang terdapat didunia kita yang sangat mengagumkan.

Terowong semulajadi, terowong buatan malah ada yang dicipta untuk kelihatan seperti terowong.

Jom kita saksikan..

California’s Sequoia National Park

Terowong-terowong Yang Sangat Cantik, Anda Pasti Terpegun!

Terowong yang dibina menerusi pokok Sequoia yang tumbang pada tahun 1937. Begitu juga dengan terowong yang dibina didalam sebatang pokok gergasi. Nak tahu lebih lanjut, terowong-terowong ini berada di California’s Sequoia National Park.

L’Oceanographic Center


Underwater tunnel ini berada di L’Oceanographic Center in Valencia, Spain.

Terowong Bawah Sungai


Terowong bawah sungai, yang hanya di tutupi dengan kaca bukan konkrit di Shanghai, China.

Tunnel of Love


Terowong keratapi yang dilitupi pokok-pokok hijau di Kleven, Ukrain di kenali dengan Tunnel of Love.

Texas Tunnel


Satu-satunya terowong yang di hiasi dengan lampu di sepanjang perjalanan di Texas, USA.

Shopping Mall Tunnel


Shopping mall berbentuk terowong yang dimajukan oleh Provast dan diilhamkan dari MVRDV yang akan siap di bina pada tahun 2014 di Netherlands.

Wisteria Tunnel


Terowong pejalan kaki yang dipenuhi bunga dikenali dengan nama Wisteria Tunnel yang terletak di Kawachi Fuji Garden, Jepun

Rock Tunnel

Terowong batu di Red Rock Canyon, Utah, USA.

Black Hole


Pada tahun 2007, dua orang artis Dan Havel & Dean Ruck telah merekabentuk sebuah rumah berbentuk terowong seperti seolah-olah ditelan “Black Hole”, mereka mendapat idea ini beberapa bulan sebelum rumah ini dirobohkan dan rumah ini sudah tiada lagi pada hari ini untuk di lihat secara live.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon