Monday, July 27, 2015

Acara Menakjubkan Yang Pernah Di Lakukan Di Bawah Air


Biasanya manusia hanya melakukan pelbagai aktiviti di daratan dan aktiviti dalam air. Aktivit di lautan pula biasanya hanya melibatkan renangan atau selaman tetapi kerana kekreatifan manusialah aktiviti didalam air kini telah dipelbagaikan dan kolam renang mahupun lautan turut menjadi lokasi pelbagai acara. Kalau tak percaya jom baca info menarik ini.

Makan Di Dasar Laut

Underwater Dinner

Satu cubaan untuk memecahkan rekod bagi acara makan di bawah air telah diadakan selain ia turut bertujuan untuk mengumpul derma bagi persatuan-persatuan yang memerlukan.

Lebih kurang 500 orang tetamu yang memakai baju lengkap untuk makan malam menyertai acara itu. Para tetamu ini telah dihidangkan dengan makanan yang dihidangkan dibawah air laut dengan mengambil lokasi kolam renang luar di The Park Club di Acton, Barat London.

Tiga jenis hidangan telah disediakan iaitu salmon salai, sayur-sayuran dan epal tofi. Makanan ini juga terpaksa disediakan dalam bahan jeli untuk mengelakkan ianya bercampur dengan air.

Bermain kad

Underwater-card-game

Bukan setakat bermain kad semata-mata malahan para penyelam skuba ini juga telah berjaya menempah satu lagi rekod baru dunia kerana berjaya bermain permainan kad yang sama selama 36 jam secara berterusan di bawah air.

Seramai 16 orang penyelam skuba mengambil bahagian dalam acara itu yang mana mereka akan bergilir-gilir bermain kad itu. Acara itu diadakan di Geiselhoering, Jerman.

Menelan Pedang

Dan Meyer 2007

Pada 18 Mei 2007, seorang lelaki iaitu Dan Meyer yang terkenal dengan aksi menelan pedangnya telah mencipta sejarah dengan menjadi orang Amerika Syarikat pertama yang menelan sebilah pedang keluli semasa berada di bawah air ataupun dalam sebuah tangki yang dipenuhi ikan jerung hidup dan ikan pari bertempat di Akuarium Ripley's di Pantai Myrtle.

Acara ini sebenarnya telah ditaja oleh Ripley's Believe It Or Not sebagai salah satu cara untuk mempromosikan pameran di Akuarium Ripley's yang dinamakan 'Pirates, Predators of The Sea'.

Pedang itu adalah sepanjang 30 inci dan ketika melakukan aksi tersebut, Dan Meyer berada di paras 15 kaki dalam air dan dikelilingi kira-kira 80 ekor ikan jerung dan pari dalam sebuah tangki yang diisi dengan 85,000 gelen air masin.

Festival Muzik

Underwater Music Festival

Festival muzik dalam air? Dengar saja pun sudah cukup menarik, jadi tentu peristiwa sebenar lebih seronok.

Dikatakan seramai lebih 500 orang penyelam dan juga mereka yang bersnokeling telah memenuhi kawasan Florida Keys National Marine Sanctuary untuk Festival Muzik Bawah Air.

Para pemuzik yang terlibat akan menyelam ke dalam air untuk memainkan lagu-lagu pilihan mereka menggunakan instrumen masing-masing.

Acara yang unik dan pelik ini diadakan sebagai satu cara untuk menghargai pelbagai hidupan marin yang mendiami kawasan Amerika Utara di mana di situ terdapat satu-satunya kawasan terumbu karang selain menjadikan festival ini satu usaha untuk mempromosikan kegiatan bagi mempertahankan terumbu karang itu.

Bermain Hoki

Pertandingan Hockey dalam air

Mungkin kita belum pernah dengar tetapi permainan hoki ini dikatakan bukan baru wujud kebelakangan ini sebaliknya ia adalah sebuah sukan yang dikatakan menjadi kegemaran bagi para penyelam untuk dimainkan pada mmusim sejuk terutamanya jika cuaca diluar terlalu sejuk untuk aktiviti selaman.

Sukan ini dikatakan telah dicipta di Great Britain pada sekitar tahun 1950-an semasa para penyelam dari British sedang mencari jalan untuk memastikan badan mereka kekal cergas pada musim sejuk.

Mereka hanya memerlukan peralatan snorkeling untuk bermain sukan hoki ini selain beberapa buah peralatan lain. Ianya dimainkan di dasar sesebuah kolam.

Sukan ini dikatakan menjadi semakin popular pada masa kini sehinggakan beberapa buah negara telahpun mempunyai pasukan kebangsaan mereka sendiri untuk bermain diperingkat dunia.

Mengukir Labu

Mengukir Labu

Tidak ada aktiviti sebegini di negara kita tapi mengukir labu bukanlah perkara baru terutamanya di Amerika Syarikat malahan acara mengukir labu di bawah air juga bukanlah sesuatu yang pelik bagi penduduk di sana.

Beberapa pertandingan juga seringkali diadakan untuk tujuan tersebut seperti yang dianjurkan di Florida, Carolina Selatan, Tasik Tahoe dan juga Pennsylvania.

Para peserta yang terlibat akan memakai pakaian selaman mereka dan menuju ke dalam laut pada kedalaman hampir 30 kaki yang mana mereka akan cuba mengukir labu-labu itu dengan pelbagai bentuk yang menarik untuk memenangi acara itu.

Walaupun menarik tapi acara ini bukanlah calang-calang pertandingan kerana sebenarnya bukan senang untuk mengukir labu di dalam air.

Mesyuarat Kabinet

Mesyuarat Kabinet

Pada tahun 2009, para ahli-ahli kabinet di negara Maldives telah mengenakan pakain skuba mereka dan menggunakan isyarat tangan dalam mesyuarat yang diadakan dibawah air sebagai satu usaha untuk menarik perhatian dunia terhadap kesan pemanasan global terhadap negara yang berada di kedudukan paling rendah di dunia.

Presidennya Mohammed Nasheed bersama-sama 13 lagi ahli kabinet lain telah bersidang di dasar laut pada kedalaman 20 kaki di sebuah lagun diluar Girifushi, sebuah pulau yang biasanya digunakan untuk latihan ketenteraan.

Dengan berlatar belakangkan terumbu karang, mesyuarat ini dibuat untuk menarik minat dunia terhadap kebimbangan kepada kenaikan paras air laut yang disebabkan pencairan ais kutub yang akan menenggelamkan Maldives dalam tempoh satu abad lagi.

BACA INI JUGA: Benarkah Wujud Dunia Lain Di Perut Bumi?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon